Catatan

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Imej
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir. Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan

Lot of things to be done for the new born

Imej
Lot of things to be done for the new born. OK. Around 2 or 3 baru dapat discharge from the hospital. Cost around RM2.9k for normal delivery here at Columbia Asia Hospital. Selepas setelkan semua kos, discharge. Then ada sesi taklimat dari wad baby tentang penjagaan sebelum dibenarkan keluar. Balik. Lam kepala datang satu satu bender yang lum setel. Yang pertama, bab cuti untuk mama. Sib baik pagi tadi dah gi sekolah dia untuk maklum dan ambil borang untuk pengesahan doktor. Setel bab satu. Bab seterusnya adalah bila nak hantar semula. Next bab adalah... jeng jeng jeng. Breast pump. Jenuh jugak mencari. Masa pagi lagi dah borak borak. Jam 10 pagi ja aku dah keluar ke Jusco nak mencari. Tu pun lepas dah frust dengan tenet. Call banyak yang tak dapat. Yang dapat pulak perlu masa 3-4 hari untuk sampai ke rumah. Nak tak nak kena explore cari la jugak. Target asal memang Philips Avent Comfort. Cost around RM900. Dalam tenet leh dapat serendah RM750. Tapi... cam aku cakap. Takes time. K

Selamat datang Muhammad Haziq Fiqri

Imej
Selamat datang Muhammad Haziq Fiqri. Alhamdulillah. Mama selamat melahirkan Fiqri seberat 2.94kg semalam pada jam 12.40 tengahari. A bit tired there. Masuk dari hari Jumaat. Kejap sakit kejap tak. Sama cam Ziqri. At last pagi semalam proses induce dibuat. Alhamdulillah semua selamat. Yok layannzz...

Shake tersingkir dalam Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 7

Imej
Shake tersingkir dalam Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 7. Tema minggu ini adalah Lines I Bermoral. Layanzzz... BTW picas dikongsi dari FB Maharaja Lawak

Semakan keputusan ke Sekolah Kawalan 2015

Imej
Semakan keputusan ke Sekolah Kawalan 2015 Semakan melalui mySMS Status Tawaran ke Sekolah Kawalan ambilan Januari 2015 dibuka bermula jam 2.30 petang, 26 Disember 2014 sehingga jam 11.59 malam, 8 Januari 2015. Taip MOE SKWL ANGKA GILIRAN UPSR dan SMS ke 15888 Semakan melalui url  http://public.moe.gov.my/ juga mula dibuka bermula 2.30 petang, 26 Disember 2014. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

RPT Semua Subjek Setiap Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 5 2015

Imej
RPT Semua Subjek Setiap Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 5 2015 Dikongsikan RPT Terbaru 2015 bagi Semua Subjek untuk Setiap Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dari portal SGO. Untuk panduan, boleh download bahan-bahan berkaitan juga di bawah. RPT Tingkatan 1 2015 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Geografi Kemahiran Hidup Matematik Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Seni Pendidikan Sivik  Sains  Sejarah  Pendidikan Islam  Bahasa Tamil   Bahasa Cina RPT Tingkatan 2 2015 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Geografi Kemahiran Hidup Matematik  Pendidikan Moral  Pendidikan Jasmani Pendidikan Seni  Pendidikan Sivik  Sains Sejarah  Pendidikan Islam  Bahasa Cina   (Newly Added 30/12) Bahasa Tamil  (Newly Added 30/12) RPT Tingkatan 3 2015 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Geografi Matematik Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan Seni Pendidikan Sivik Sains Sejarah Pendidikan Islam  Bahasa Cina   (Newly Added 30/12)

RPT KSSR Semua Subjek Tahun 1 hingga 5 2015

Imej
RPT KSSR Semua Subjek Tahun 1 hingga Tahun 5 2015 Dikongsikan RPT Terbaru 2015 bagi Semua Subjek KSSR untuk Setiap Tahun dari portal SGO. Untuk panduan, boleh download bahan-bahan berkaitan juga di bawah. 1.  Buku Pengurusan Peribadi 2015 by Cikgu Suriati Ku Ishak 2.  eRPH 2015 RPT Tahun 1 KSSR 2015 Pendidikan Moral Bahasa Iban  Dunia Sains Teknologi Bahasa Arab  Pendidikan Jasmani  Dunia Seni Visual  Dunia Muzik  Pendidikan Kesihatan  Pendidikan islam Matematik   Bahasa Inggeris  Bahasa Melayu  Pendidikan Khas (pelbagai subjek)  RPT Tahun 2 KSSR 2015 Bahasa Melayu Matematik Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Dunia Sains & Teknologsi DST Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Seni Visual Pendidikan Kesihatan Pendidikan Jasmani Dunia Muzik Bahasa Cina SK Pendidikan Khas (pelbagai subjek)  RPT Tahun 3 KSSR 2015 Bahasa Melayu Matematik Bahasa Inggeris Dunia Sains & Teknologi DST P

Jalan jalan cari pasal di Angry Birds Activity Park Johor Bahru @ Komtar JBCC

Imej
Jalan jalan cari pasal di Angry Birds Activity Park Johor Bahru @ Komtar JBCC. Sempat meronda ke sini jap. Nak masuk? Emmm... Simpan dulu la hasrat tu. Sampai RM60 sorang tu, tak kira la kebudaks ke orang tua. Nak masuk family of four jer pun dah RM218. Huhuhuhu. Quite pricey. Leh semak harga pakej seperti yang aku senaraikan.

Air Pasang Besar @Kampung Melayu Baru Gelang Patah

Imej
Air Pasang Besar @Kampung Melayu Baru Gelang Patah. Tengahari semalam. Air naik lagi. Alhamdulillah. Air cepat turun semula. Memasing dah berjaga-jaga. Dengar dengar 28 hingga 30 Disember ni akan berlaku peningkatan tertinggi. Semoga kami dilindungi olehNya. KEMAS KINI AMARAN SEKSYEN A (Amaran hujan lebat peringkat MERAH untuk negeri PAHANG & JOHOR) SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH) Dikemaskini pada: 12:15am pada 25 Disember 2014 Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Rompin & Bera) dan Johor ( Daerah Mersing & Segamat ) dijangka berterusan sehingga Khamis, 25 Disember 2014. SEKSYEN B : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING) Dikeluarkan pada: 1:10 petang, 24-12-2014. Hujan monsun beserta angin kencang dijangka berlaku di negeri: (i) Perlis, Kedah, Perak Utara, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dari 28 Disember 2014 sehingga 30 Disember 2014. (ii) Sabah (Kudat & Sandakan) dari 26

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN 2014 KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN 2014 KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan masyarakat umum yang telah memberikan pelbagai respon mengenai keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan pada 22 Disember 2014. Sehubungan itu, KPM ingin menjelaskan sekali lagi bahawa keputusan melaksanakan PT3 untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dibuat setelah mendapat pandangan rakyat daripada pelbagai peringkat yang pada ketika itu rata-rata mahukan sistem pendidikan negara tidak terlalu bertumpu dan mementingkan peperiksaan semata-mata yang mengekang percambahan berfikir. Sebaliknya negara kita mesti melahirkan pelajar berkualiti yang mempunyai kemahiran berfikir yang lebih kritis, kreatif dan mendorong pelajar untuk berfikir di luar kotak. Justeru itu, setelah meneliti dan membuat kajian terperinci, PT3 yang mengantikan PMR telah diperkenalkan pada tahun ini, ditambah ba