Catatan

Salam Maulidur Rasul

S A L A M M A U L I D U R R A S U L dari aku kepada semua Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad . Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa da

Edisi jengjalan : Jem di jalan Skudai - BBU

Imej
Pagi ni pagi kedua in a row aku lalu jalan skudai ke bandar baru uda ni. Yang paling best adalah, hari ni lagi teruk dari semalam. Wauu.. Mana taknya. Kamera yang aku pakai ni letaknya kat dalam beg lowepro aku kat tempat duduk belakang. Boleh aku pusing ambik kamera dan snap gambo-gambo ni. Begitulah hebatnya tahap jem hari ni. Yang paling best aku letak jer kamera atas stereng. Snap-snap-snap, snap-snap-snap. Mentang-mentang la pakai ultra wide boleh la eksen.. Sampai keter depan aku pun sanggup masuk lane sebelah. Maybe dia pun dok tengok dari tadi aku dok snap asik keter dia jer kan. Sori bang/akak; saya nak amik gambo jem jer. Kalau keter abang/kakak masuk; tu kira bonus la.. :: Klik untuk cerita penuh :: Kiri kanan ada jer keter. Bas ni siap leh cilok masuk depan aku selamba jer.. Citt.. Bukan setakat aku jer diciloknya.. Sampai lane motor pun dicilok.. kan dah aku leh potong dia.. Dah tak perasan kat ner. Tapi makin bertambah lane dah. Ye lah.. asik dok mengsnap gambo jer.. Dah

Bengkel Pemurnian Multimedia Hari Q PPDJB - Day 1

Imej
Pagi ni sekali lagi mengharungi jem giler babas kat depan angsana tu. Semata-mata nak gi bengkel ni dekat PKG Uda. Jem tetap jem, tapi aku rasa masa yang olahraga itu hari lagi tak terkata. Sampai jer PKG tengok keter punyala banyak. Lupa lak hari ni ada bengkel laman web technician jb. Perrgghh.. Aku parking aje dekat kantin sana tu. Hakim parking belakang aku. Lantak la. Terus masuk meeting. So, mula ngan briefing. bla.. bla.. lebih kurang sama la ngan tahun-tahun terdahulu. Cuma kali ni buat kat Dewan SMK BBU jer. So, senang sikit kot.. Agaknya la kan. Pastu terus agih tugas. Tahun ni nampak smooth sikit pasal team member pun dah tambah. Tahun lepas la paling azab pasal tinggal kami bertiga jer. Tahun ni ada 6 orang. So pengagihan tu meringankan banyak la. Aku, hakim stended la wat multimedia. Iddy cam biasa graphic, tajul wat montaj, azhar ngan man bahagian gambor/video. Aku target tahun ni aku nak tukar piala jadi piala kaca lak. :: Klik untuk cerita penuh :: Tadi dah try sikit. M

Hitler dan konco-konconya

Imej
Hitler??!? Tu la nama kucing iqa ni. Pasai pa aku letak nama Hitler. Pasai dia ada misai contot, pastu siap rambut belah tengah lagi tu. Memang sebijik cam hitler. Cuma misai dia lebih sikit la dari hitler betui tu. Pagi tadi masa aku keluar dari pintu rumah, elok jer dia ngan konco-konco dia nih baring-baring atas kasut aku ni. Ceiitt.. Tapi tak sampai hati la nak halau. Bior jer la mereka gembira berbaring-baringan kat situ. Bukannya dibuat onar pun kat kasut-kasut aku tu kan. Enjoice... Sharing is power!!!

Gerai air tebu flat lima kedai

Imej
Dah banyak dah entri yang aku ceritakan pasal gerai air tebu lima kedai ni, tapi banyak kali jugak berenti tak dirancang dan kamera pun memang tak bawak. Semalam, kebetulan berenti; kamera aku ada. Tapi lambat la pulak aku keluarkan. Yang paling best, aku bawak 70-300mm. Tak kena la pulak. Kira OK ajer la. Daripada tarak langsung, better ada walaupun close-up jer kan. Tapi aku jalan jauh kebelakang la jugak untuk mengambil gambar penuh. Tu pun dapat tak dapat la. Ni paling jauh dah aku jalan ni. Kalau belakang lagi samada aku dah masuk lam hutan sawit atau aku berdiri tengah jalan. Antara yang dijual kat sini air tebu la. Dia pun ada jual cendol gak. Tapi bagi aku cendol dia biasa-biasa jer. Kuih-muih pun ada. Dan yang baru aku dapat hari ni... Rojak Petis. Mama yang suka pasal dia letak tauhu. Aku memang tak makan tauhu, tapi yang lain semua suka tauhu.. Kira nice la dia nyer rojak ni. :: Klik untuk cerita penuh :: Dah settle dah beli air tebu, dok sibuk mengoder rojak petis.. Hampas

Movie melayu pertama yang termasuk dalam list must see aku 2010

Merong Mahawangsa.. Wow.. Tetiba jer aku rasa cambest jer. Tak sabar nak tunggu citer ni keluar panggung. Yang paling best dah terjual gegiler dah kat peringkat international. Perrghhh... Tahniah KRU... Tahniah Yusry selaku pengarah...

Video yang membuatkan aku tersenyum sinis

Aku pun tak tahu kenapa? Setiap kali aku melihat video ni kat Youtube, aku akan tersenyum sinis. Apa pendapat korang? Pastikan tengok sampai habis. Enjoice.. Sharing is power!!! sambungan dia.. bagi yang nak tau jawapan dia sampai habis..

Esok yang bakal sibuk

Imej
Hari Anugerah Q untuk PPD Johor Bahru bakal menjelang kelak. Macam biasa team kitaorang sekali lagi diberi kepercayaan untuk menyetelkan segala hal berkaitan multimedia untuk hari tu. Esok akan bermula la episod berkampung di PKG Bandar Baru Uda untuk menyetelkan gimik pelancaran dan persembahan multimedia iringan penerima anugerah.. So geng sekalian.. Esok kita kerja kuat. Ada dua hari jer ni.. ps : hari ni memang hari yang sibuk untuk aku demi memastikan semua kerja-kerja berkaitan sekolah dah disettlekan sebelum aku ke PKG esok. Alhamdulillah.. Fiber optik _ wifi seluruh sekolah pun dah settle petang ni.. Syukur.. Kertas periksa.. checked.. Klik untuk melihat hari anugerah q ppdjb 2008

Happy Birthday Iqa & Mama

Imej
Happy birthday mama, happy belated birthday iqa. Malam ni sampai jugak kek yang aku tempah di secret recipe itu hari. Hmmm.. iqa yang pilih recipe dia. Iqa ambik cheese choc tak silap aku. Mama ngan iqa cakap sedap. Aku?? Dijamin tak sentuh nyer, pasal aku memang tak makan cheese cake. Apa-apa pun dah makin meningkat umur masing-masing. Semoga hidup dalam keredhaan Tuhan seadanya. Malam ni memang sambut lebih kurang jer. Besday girl dedua baru kebah dari sakit. Adik masih sakit sikit-sikit lagi. Tengok-tengok la apa yang ada jer yerk. Aini datang lepas maghrib tadi hantar kek ni. Iqa ngan adik dah tak sabar-sabar nak tengok kek besday dia. Lepas pasang lilin, tiup, terus jer makan. Kurang meriah sikit la tahun ni sebab suasana tak mengizinkan la.. sedih tul.. Harap-harap tahun depan semua sihat walafiat hendaknya.. :: Klik untuk cerita penuh :: Yea yea.. kek dah sampai. Iqa dah tak menyempat nak buka kotak kek tu. Adik pun menguatkan diri dia untuk turut sama bukak dengan kakak dia.. S

Cuti rehat di hari pertama

Imej
Wah.. wah.. wah.. tajuk yang macam best kan. Orang lain semua dah naik coti, engkau sedap-sedap jer ambik cuti rehat ya. Sungguh gembira hati kao ya? Sebenarnya tak. Memang nak tak nak aku mesti settlekan masalah Syafinaz ni. Sian dia. Dah dekat seminggu badan dia tak sihat. Sabtu lepas merupakan dia punya kemuncak la. Kalau korang baca entry2 terdahulu mesti korang tau. So, bangun pagi; siapkan iqa, pastu terus gi sekolah dulu. Aku nyer henpon dah kong dan banyak benda yang memang aku kena settlekan dulu sebelum aku ambik cuti. Kelakar. Pasal aku rasa dari dulu, ambik tak ambik cuti rehat ni, aku mesti gi jugak tempat kerja. Bak kata boss aku dulu, baik ko takyah ambik jer cuti tu, datang kerja pun bukannya mengajar pun, jaga server jer. Ye lah.. Tapi.. tapi.. tu yang susah nak cakap tu. Bila aku buat sesuatu aku nakkan yang perfect. Even kalau aku sakit pun aku pastikan ianya ditinggalkan dalam keadaan perfect. Melalut la pulak. Berbalik kes tadi. Settle jer sumer, terus aku balik ru