Catatan

Problem kereta Proton Savvy

Imej
Perghhh.. Leh tahan gak problem kereta Proton Savvy ni kan. Tahun ni kira masuk tahun keempat aku pakai keter ni. Setakat yang diketahui dari berborak dengan rakan-rakan yang sesama pakai kereta Savvy, kereta ni ada 3 major problem. 1. Kereta tak boleh / sangat susah nak start 2. Kereta tersengguk-sengguk tahap cipan masa berjalan 3. Tombol Air-cond tak leh pakai Aku dah berjaya memenuhkan senarai checklist ini dan begitu jugaklah dengan beberapa rakan yang lain. Sesetengah lagi masih berdoa supaya dijauhkan musibah ini. Baca lagi untuk tahu masalah sebenar dan penyelesaiannya. Masalah 1 : Kereta tak boleh / sangat susah nak start Kena kat aku : Aku memang tensen giler masa kena ni. Siap ada sekali kat trafic light. Enjin tetiba mati dan takleh nak hidup. Hangin satu badan tu. Bini aku siap perkenal cara baru untuk start keter la, kena pusing dengan slow la, kena pusing dengan lembut la. Ntah apa-apa la. Penyebab : Speed sensor kotor / loose Penyelesaian : Bawak gi kedai

Pendaftaran Pelajar SKTTA 2010

Imej
  Hari ni sesi pendaftaran pelajar SKTTA telah dibuat kat sekolah. Semua guru terlibat. Iqa pun masuk mendaftar gak hari ni. Kalau ikut memang tak nak bawak pasal Cikgu Fazilah kata tak bawak pun takpe. Tapi aku bawak jugak, pasal pastu leh gi bawak daftar sekolah agama. Sesampai jer kat sekolah dah ramai parent. Huh.. Tak sangka la.. Ingatkan kita dah awai dah sampai sekolah. Rupanya.. dah nak last-last kopek dah camtu. Terus pi daftar iqa dulu. Dapat nombor 8. Haaa.. kira ok lagi la tu kan. Pastu terus suruh iqa dok kat dalam dewan pasal aku nak gi menyibuk pasang lcd untuk taklimat nanti. Pas semua dah settle kat dewan. Semua parent bergerak ke pendaftaran pelajar tahun 1 kat kelas depa la. Aku terus kemaskan apa yang patut tadi. Pastu gi kelas jap untuk tengok apa yang boleh aku buat. Tanya cikgu Fazilah, camner ngan Iqa. Tak kisah la. Hantar semua hari Isnin jer la. Kira ok ler tu kan. Pastu aku terus mintak kebenaran nak kuar ngan GB. Terus gi kuar mendaftar iqa kek sekolah agamo

Back to Kluang - Day 1

Imej
  Haiiii… Nak bergerak ke Kluang pun rasa malas tul. Maybe pasal penat balik dari Kedah pun lum hilang lagi kan. Masa mama dok mengemas tu, sempat lagi dok layan pukoi Green Devil lam jin online. Nak lepas pun cam malas jer. Boss level 38(??!!) pun aku tak jumpa lagi pagi ni.. Semua dah ready jer, mari kita bergerak. Cam biasa jer jalan dari gelang patah ke senai, pasal kita ikut second link. Keter aku rasa ada la 2, 3 bijik. Tapi masuk jer highway PLUS kat senai tu mulala rasa sesak. Memang sesak gila. Berenti terus hampir 3 kali. Apa kes ni? Taula semalam kismes. Tapi hari ni hari Sabtu. Esok ada lagi hari Ahad. Pakat nak sesakkan jalan wat per. Aku nyampah tul tahap dewa kalau highway jam ni. Tapi yang best dapat gak ler aku mengimpit Diablo 3 bijik. Pergh.. Diablo tu. Keter kegemaranku. Tapi tak dan nak tengok plat pasal sibuk dok mengimpit. Hahahaha.. Lam sejam setengah sampaila ke tol Air Itam. Jem lagi. Sib baik dia bukak booth tambahan. Kuar jer ke jalan Kluang, jem lagi. Lagi

Main wau kat taman

Imej
  Petang ni bawak jugak bebudak ni main layang-layang depa ni kat taman. Tak jauh sangat. Taman Nusantara jer. Angin kat situ boleh tahan gak la. Tapi tak sehebat kat Hutan Bandar Skudai lagi la. Iqa kuar jer dari keter dah tak tahan nak main. Ajar sikit-sikit. Dah OK. Dua-dua dah pandai nak terbangkan layang-layang. Sekali iqa tak dapat nak kontrol layang-layang dia masa angin kuat sikit. Tersangkut layang-layang dia kat pokok. Nak tak nak kena la panjat ambikkan. Ngeri pun ada. Pokok dia cam rapuh jer. Last-last aku potong tali dia. Layang-layang jatuh, tali pun aku tarik jer. Pastu sambung balik. Pastu bebudak ni sambung balik main layang-layang. Sampai habis tali diaorang main. Pastu tensen. Apasal tali pendek sangat ni. Wow.. Dah leh kuar ayat tu hari pertama main layang-layang. Kira hebat la tu kan. Pastu nampak hari dah gelap sikit. Suruh diaorang main buai ker, gelongsor ker jap. Pastu terus balik. Lam perjalanan nak balik tu iqa ajak singgah beli slurpee. Layan jer la. Restore

Jin Online

Imej
Akhirnya apa yang aku tunggu-tunggu dah sampai. CD Jin Online. Nice. Elok aku balik jer dari kedah benda ni dah ada kat meja komputer aku. Best. Memula bukak cari manual dulu. Ada. CD. Ada. OK. Baca manual jap. Boleh tahan la. Tapi... Sekali aku belek-belek CD, hancur berkecai hatiku.. Apa ni.. CD dah patah.. Huhuhuhu. Sib baik aku dah donlod dan main. Dah level 50 pun aku semasa CD ni sampai. Sedih tul nengokkan CD camni. Ingat masa Chah order CD Ubuntu ituhari. Kemas tul packaging dia. Ini... tak tau la nak cakap. Tapi aku tak heran sangat pun, pasal apa yang aku nak sebenarnya adalah manual dia ni. Apa-apa pun. Terima kasih kerana menghantar CD dan manual ni kat aku. Huhuhuhuhu.. PS : Aku dah lebel 61 ketika blog ini ditulis.. PSS : Pih.. mana hang.. abang tunggu kat training room tiap-tiap hari kat stake pahlawan level 60+

Window shopping @ IKEA

Imej
  Sebelah malamnya, hehehe; tak sempat relax lagi pun, dah mula bergerak ke IKEA. Tapi sebelum tu kena amik pak yang dulu kat tempat kerja dia. So bergerak la kami ke Pusat Bandar Damansara dengan mak yang. Yang best siap boleh sesat. Bukan sekali, tapi dua kali. Hakhakhak.. Apa la mak yang ni. Tak ingat jalan la pulak. Nak harap abah lagi la. Langsung tak tau jalan. Sampai jer kat situ, iqa ngan inaz dah nampak McD. Ayooo.. Pasal la itu jugak yang dia nak. So, sesambil tunggu pak yang turun, pi la tapau McD untuk bebudak ni. Hmmmm.. Lepas pak yang turun jer, mula la perjalanan kami gi IKEA, yeyy.. Sampai jer bukan main suka hati mama. Yelah.. Dari haritu lagi teringin bebenor nak gi ikea, nak tengok apa yang best sangat kat ikea ni. So, pak yang bawak kitaorang round showroom dulu. Belum apa-apa lagi iqa ngan adik dah sibuk mencekup pensel free yang dia bagi. Pak yang ngan mak yang gi makan kat restoren di penghujung showroom, sementara kami menyibukkan diri dalam showroom dia. Habis

Dari kampung ke kampung

Imej
  Kejap jer masa berjalan. Sedar tak sedar dah sampai haul dah. Hari ni dah tiba masa untuk mula bergerak pulang ke Gelang Patah. Tapi tak jalan straight jugak la. Malam ni kami akan bermalam sekali lagi di Bangi. So, apa tunggu lagi, ayuh kita bergerak. Perjalanan hari lancar. OK jer. Sepanjang perjalanan mendung berarak jer. Berenti jap kat gerai jagung kat sempadan Baling. Jagung dia best sikit. Tapau untuk makan dengan mak yang sekali nanti. Pastu dah tak berenti kat mana-mana lagi. Straight jer terus ke Hulu Bernam untuk makan. Memula ingat nak makan kat Bukit Merah, tapi tak jadi sebab Iqa suka makan soto jer. Kat sini tak best sangat. Kena masuk kawasan jawa jugak untuk makan soto yang best sikit. Kat sini cam biasa makan kat warung pak tam. aku ambik yang lain sikit. Nama dia Nasi Lambaian Ayam. Kelako.. Nasi kandar rupanya. Tengah promosi. RM4.50. Lantak jer ler. Iqa ngan Inaz cam biasa. Soto. Yang best siap pau aiskrim lagi. Hahahaha.. Pastu terus straight ke rumah mak yang k

Resepsi | Jannah & Hazlan

Imej
Jannah & Hazlan Resepsi | Baling | 1.30 petang uploaded via picassa

Bergumbira di Baling

Imej
  Bestnyer bebudak ni cuti kali ni. Nenek ajar banyak permainan baru. Memula nenek ajar main getah ni. Ala yang baling-baling getah tu. Sapa kena getah yang bertabur tu dia boleh ambik semua. Syok wooo.. Memula Iqa ngan Batun jer yang main. Pastu Inaz pun main, baru si Adam join sekali. Pastu reramai main kat tepi keter Pakcik. Syiokkk.. Malam tu nenek ajak main batu seremban la pulak. Kat sini kami main 7 biji batu. Iqa tak pandai main lagi. Nenek suruh main timbang batu jer.. Pastu Abah sama Mak Ngah pakat tayang skill la pulak. Hahahaha.. Takpa.. Tunggu la nanti Iqa ngan Batun terer nanti.. Pastu mama datang.. Tapi mama pelik pasal apa abah main 7 batu. Mama kata kat Johor main 5 batu jer. Mana-mana la. Malam ni mak yang pulak balik. Esoknya kami main layang-layang. Best tau.. Iqa lari laju-laju. Layang-layang naik tinggi. Yang tak best angin takde sangat. So, kena lari-lari la. Paling laju lari, adik inaz. Laju betul dia lari. Kejap ke sana, kejap ke sini. Best la. Kaki iqa sakit m

Khatam Quran | Jannah & Hazlan

Imej
Jannah & Hazlan Khatam Quran | Baling | 9.00 malam uploaded via picassa