Catatan

Cek pertama dari Nuffnang

Imej
Sesampai jer rumah tadi terkejut gak nengokkan surat dah sampai terkeluar kat peti surat kat dinding sana tu. Mak aih, banyaknya dapat surat hari ni. Check punya check, satu ni jer yang paling pelik.. Sekali bukak.. Yahuuu.. Cek pertama dari NUFFNANG!!! Bestnyer. Aku eager sesangat itu hari. RM50 pun nak kuarkan. Lawak tul. Dapat la RM49 lepas tolak RM1 cas pengendalian. Lepas ni nak kuarkan yang kedua lak. Lapi tunggu lama sikit la kot. Takkan nak kuarkan dua angka jer kan..

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Kembali Dalam Bahasa Melayu

Imej
Akhirnya... Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Itupun ianya akan berkuatkuasa pada tahun 2012. Takpelah.. yang penting kembali ke bahasa ibunda. Alhamdulillah.. 08 Julai, 2009 15:06 PM Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Kembali Dalam Bahasa Melayu PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan kembali dikendalikan dalam Bahasa Melayu, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini Rabu. Beliau juga mengumumkan pengajaran dan pembelajaran bagi dua subjek itu di sekolah jenis kebangsaan akan diadakan dalam bahasa ibunda. Pelaksanaannya akan berkuatkuasa pada tahun 2012, katanya. --BERNAMA

Pengisian data SSQS sekolah

Imej
Log-in ke laman web rasmi SSQS. Terdapat dua capaian ke laman web berkenaan. 1. http://ssqs.moe.edu.my 2. http://pnp.moe.edu.my Tarikh rasmi kemasukan data adalah mulai 13 Julai 2009 Cara-cara kemasukan data 1. Log-in ke laman web rasmi SSQS menggunakan username yang telah diberikan. 2. Klik pada Maklumat Responden pada tab SSQS 3. Maklumat responden akan dipaparkan. Klik ikon cetak dibahagian paling bawah. 4. Satu mukasurat baru akan dipaparkan. Pilih print dari menu browser. 5. Selepas itu log out dari sistem. Seterusnya kita perlu log-in semula dengan username yang sama tetapi dengan tambahan huruf 'r' dihujungnya dan semuanya ditaip dalam huruf kecil. 6. Paparan seperti dibawah akan dipaparkan. Semak hasil cetakan tadi untuk proses kemasukan data. 7. Sebagai contoh guru Bahasa Inggeris 1 akan dimasukkan. Pilih Guru Bahasa Inggeris 1 pada checklist dan kemudiannya masukkan nombor tag mengikut data pada kertas cetakan tadi. 8. Masukkan data-data sama seperti kertas bancian gu

Iqa new workbook - Mathematics Year 1

Imej
Mama beli 2 set buku tahap satu untuk Iqa semalam semasa aku sibuk dok menunggu kasut aku dijahit tu. Matematik darjah 1 sampai 3 dan Sains darjah 1 sampai 3. Hari ni memandangkan aku baru jer settle buat kertas soalan math darjah 3, aku nak gak try tengok Iqa boleh tak buat soalan tahun 1 ni. Haaa.. siap dah pun soalan aku. Esok nak submit kat ketua panitia.. Masa simpan kertas ni kat dalam keter aku terperasan set buku iqa ni. Aku terus bagi buku math tahun 1 suruh iqa buat. Boleh tahan gak la. Tapi money dia lemah sikit.. Kena banyak tunjuk ajar lagi ni. Aku tunjukkan sikit cara tolak pakai conteng-conteng, sikit-sikit pasal solving problem. Pastu dia dah penat. Baru siap page 13. Takpe la. Esok sambung lagi.

To do list : Membaiki kasut

Imej
Masa sebelum koir lagi aku dah perasan ada sikit crack kat kasut ni. Masa kat Tanjung Puteri dia dah makin teruk, cam nak terkopak pun ada. So, hari ni bender ni memang kena masuk lam to do list aku untuk hari ni; perki kedai baiki kasut. Target asal aku nak anto kat kedai baiki kasut kat Gelang Patah jer, kebetulan mama nak potostat kerja untuk murid-murid dia kat Taman U. Aku memang ingat ada kedai baiki kasut sebelah kedai buku ni, lagi satu ada kat sebelah Maybank sana nun. Boleh baiki kasut ni tak? Boleh, abang nak wat camner. Kalau gam jer tak kuat ni. Jap aje terbuka balik. Kalau camtu jahit jer ler. Brape? RM 15 sepasang. OK ler. Terus aje aku bukak kasut bagi kat dia. Pastu layan jer nengok dia wat kerja. Ni la kali pertama aku jahit kasut aku semasa aku dah kerja. Sebelum ni takde lagi kasut aku yang tercabut tapak camni. Semua terkopak terus jer. Hehehe. Kalau dulu masa dok kat Beseri leh kata 3 bulan sekali mesti aku gi jahit tapak balik. Lasak tul aku masa tu. Kira RM15 se

Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Selamat berjumpa lagi

Imej
Selamat jalan pada semua. Ada jodoh bertemu lagi. Hari pertama Hari pertandingan Majlis penutup Kontijen

Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Kontijen

Imej
Klik pautan cerita penuh untuk melihat foto penuh kontijen mengikut negeri Slideshow Hari pertama Hari pertandingan Majlis penutup Kontijen

Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Majlis Penutupan

Imej
Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Majlis Penutupan Pada sebelah malamnya, Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah dilangsungkan bertempat di Dewan terbuka disebelah kolam renang resort. Majlis bermula dengan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Jame Alip, Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia diiringi oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor. Majlis diberkati lagi dengan bacaan doa; sebelum jamuan makan malam diteruskan. Tetamu kemudiannya dihiburkan dengan persembahan Ghazal, nyanyian dan tarian zapin yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Seni. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Haji Sufaat bin Tumin dan diikuti dengan ucapan penutupan rasmi oleh Tuan Jame Alip. Seterusnya majlis penyampaian hadiah dijalankan. Berikut merupakan keputusan rasmi pertandingan : Juara : Pulau Pinang Naib Juara : Sabah Ketiga : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Konduk

Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Hari Kedua

Imej
Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Pertandingan bermula Pada pagi ini, bertempat di Eagle Hall, berlangsung pertandingan Koir Kebangsaan Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009. Sebanyak 15 pasukan bertanding pada pagi ini. Selepas taklimat hakim, para peserta mula menyiapkan diri. Selepas setiap pasukan selesai membuat persembahan, mereka dibawa ke sesi fotografi bertempat di ruang legar resort. Slideshow Hari pertama Hari pertandingan Majlis penutup Kontijen

Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Hari Pertama

Imej
Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Hari pertama Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 diadakan bertempat di Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor. Untuk hari pertama, peserta yang sudah mendaftar diberi peluang untuk menyesuaikan diri dengan pentas dan peralatan atau lebih biasa disebut sound check. Pada sebelah malamnya, satu taklimat telah dijalankan untuk semua guru pengiring bertempat di dewan yang sama. Pelbagai perkara asas dijelaskan berkenaan dengan pertandingan dan tempat kali ini. Slideshow Hari pertama Hari pertandingan Majlis penutup Kontijen