PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2022

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2022

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2022. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan pemilihan murid untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) Sekolah Khusus. Sekolah-sekolah khusus itu ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) mulai tahun 2021. 

Permohonan secara dalam talian ini melibatkan:
1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) – Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4);
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) – Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4);
3. Sekolah Menengah Teknik (SMT) – Tingkatan Empat (4);
4. Kolej Vokasional (KV) – Tahun 1 KV; dan
5. Maktab Tentera Diraja (MTD) – Tingkatan Empat (4).

Permohonan ke Tingkatan Satu (1) boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my manakala permohonan ke Tingkatan Empat (4) melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my bermula dari 10 Oktober 2021 hingga 15 November 2021.

Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan  Empat (4) secara dalam talian bermula dari 1 Disember 2021. Pentaksiran akan bermula dari 17 Januari 2022 hingga 27 Januari 2022 bagi Tingkatan Satu (1) dan 7 Februari 2022 hingga 17 Februari 2022 bagi Tingkatan Empat (4).

Komponen yang akan ditaksir ialah kecerdasan insaniah (20%), kecerdasan intelektual (70%) dan artikulasi penulisan (10%). 

Syarat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:
1. Warga negara Malaysia;
2. Mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia;
3. Murid Tahun Enam (6) Tahun 2021:
a. Berumur 12 tahun atau
b. Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010; dan 
4. Murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2021:
a. Berumur 15 tahun atau
b. Lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007.

Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.

--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam