PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Selidik Setiap Berita Elakkan Fitnah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Selidik Setiap Berita Elakkan Fitnah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Selidik Setiap Berita Elakkan Fitnah

عَنْ أَبي هُرَيْرَةَ  أَنَّهُ سَمِعَ النَّبيَّ ﷺ يَقُولُ: إنَّ الْعَبْد لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمةِ مَا يَتَبيَّنُ فيهَا يَزِلُّ بهَا إِلَى النَّارِ أبْعَدَ مِمَّا بيْنَ المشْرِقِ والمغْرِبِ

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda : “Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur dan barat.” (HR Bukhari No: 6477) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap yang kita ucapkan mahupun yang kita tulis dan sebarkan pastikan yang benar bukan fitnah atau berbentuk umpatan.

2.  Sesiapa yang bercakap mahupun menulis sesuatu yang tidak diselidiki akan kebenarannya boleh menyebabkan ia tergelincir ke dalam neraka.

3.  Al-Qastalani menjelaskan sebagai kalimah atau ucapan tanpa berfikir akan keburukan natijah hasil percakapan tersebut. (Lihat Irsyad al-Sari, 9/274)

4.  Akhir zaman menyaksikan begitu banyak fitnah dan penipuan berleluasa. Ada pihak yang menuduh tanpa bukti yang kukuh dan ada pihak yang begitu dangkal mempercayai berita yang tiada pucuk pangkalnya. Allah SWT memberikan amaran kepada sesiapa yang suka bercakap tentang perkara yang tidak diketahui kebenarannya.

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ
 
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu.” Surah Al-Nur (11)

Ibn Kathir menjelaskan maksud Firman Allah SWT, “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta,” iaitu dengan dusta, fitnah dan umpat keji. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/25)

Moga Allah memelihara kita dari begitu mudah memperkatakan atau mentularkan sesuatu perkara yang diterima tanpa diselidiki. Ia boleh menjerumuskan seseorang sama ada kepada fitnah mahupun umpatan. Akhirnya akan dicampakkan kedalam neraka.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

02hb September  2021
24hb Muharam 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016