Hari Sukan Negara 2021 disambut secara hibrid 9 Oktober


Hari Sukan Negara 2021 disambut secara hibrid 9 Oktober bakal memberikan penekanan kepada penggunaan teknologi terkini. Golongan profesional seperti pempengaruh media sosial, pemain industri, atlet dan ikon sukan akan ditampilkan untuk menarik rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti dianjurkan pada hari berkenaan. 

HSN turut berperanan meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal masyarakat serta mengenal pasti bakat sukan, meningkatkan produktiviti serta menjana kesejahteraan komprehensif selain memupuk semangat perpaduan negara. HSN diadakan pada Sabtu kedua bulan Oktober setiap tahun yang diperkenalkan sejak 2015 dan sambutan HSN kali ini bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Antara program menarik yang bakal dianjurkan sempena HSN kali ini termasuk mega cabaran aerobik, KBS fit and active, larian maya KBS, KBS Fitness Challenge, KBS Myfit@Home dan juga KBS Freestyle Challenge. Info penuh boleh dilayari melalui pautan http://www.harisukannegara.my/ 

--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP