Hari Kebangsaan 2019 : Logo dan tema


Hari Kebangsaan 2019 : Logo dan tema. Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih ditetapkan sebagai tema Hari Kebangsaan 2019 dimana ianya menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa. Ianya turut menonjolkan sifat integriti dan jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.

Logo memaparkan tiga orang dengan pergerakan riang mengangkat tangan dengan satu bentuk hati di hadapan dada mereka. Logo ini menggambarkan warganegara Malaysia yang berbilang bangsa dalam keharmonian rasa, seia sekata, sehati sejiwa, membara rasa sayang kepada negara Malaysia. Penggunaan warna Jalur Gemilang menggambarkan kepelbagaian dalam satu perasaan, Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih.Malaysia akan menjadi negara yang aman damai dan makmur sekiranya rakyat mengamalkan budaya integriti dan menolak rasuah.

Logo kemerdekaan : Muat turun format PNG


LIRIK MALAYSIA BERSIH 

HARAPAN SEMUA MOGA KITA BERJAYA 
BAGAI NEGARA YANG KEKAL MERDEKA
AMANAH BANGSA KITA PIKUL BERSAMA 
JADIKAN MALAYSIA BAHAGIA 

ASAL BUDAYA KITA, BUDI PEKERTI INDAH
AMANAH JUJUR AMALAN KITA 
KINI MASANYA SUDAH TIBA 
UNTUK BINA SEMULA NEGARA TERCINTA 

KITA BINA NEGARA, PERANGI RASUAH 
KITA SATUKAN HATI, DEMI IBU PERTIWI 
KEUTUHAN JIWA, BINA NURANI 
MOGA KITA TERUS DISANJUNGI  

HARAPAN SEMUA MOGA KITA BERJAYA
BAGAI NEGARA YANG KEKAL MERDEKA 
KINI MASANYA SUDAH TIBA 
UNTUK BINA SEMULA NEGARA TERCINTA 

MALAYSIA BERSIH HARAPAN KITA 
MALAYSIA BERSIH HARAPAN KITA 

LAGU    : MUHAMMAD YURI MOHAMED IDRIS
LIRIK    : DATUK DR ANIS YUSAL YUSOFF
NYANYIAN : GEMERSIK CHORUS

#MALAYSIABERSIH
#LAGUPATRIOTIK
#MALAYSIABAHARU

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied