Ujian UKM1 DIBUKA SEMULA SEHINGGA 31 Mei 2019


Ujian UKM1 DIBUKA SEMULA SEHINGGA 31 Mei 2019. Layari pautan http://ukm1.permatapintar.edu.my/ untuk keterangan lanjut. UJIAN UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid-murid Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009 untuk menyertai program-program berikut :

Bil
Kriteria Umur
Program
1
Murid beragama Islam berusia 8–11 tahun (Tahun 2 – 5) pada
tahun 2019
Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) STEM, Universiti Sains Islam Malaysia (PPCS @USIM Disember 2019)
2
Murid beragama Islam berusia 11-12 tahun (Tahun 6) pada tahun 2019
Program Mukhayyam Al Abrar Kolej PERMATA Insan (KPI) pemilihan ambilan Asas 1 tahun 2020
3
Murid pelbagai agama dan bangsaberusia 9-15 tahun
(Tahun 3 – Tingkatan 3) pada 2019
PPCS STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (PPCS @UKM Disember 2019)
4
Murid pelbagai agama dan bangsaberusia 11 - 12 tahun (Tahun 5 – Tahun 6) pada tahun 2019
Kolej PERMATApintar® UKM ambilan Asas 1 tahun 2020

1. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia; Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah,Kolej PERMATA Insan (kendalian Universiti Sains Malaysia - USIM), Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

2. Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka laman ini.

3. Murid hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus (mouse), pad sentuh (touchpad) dan papan kekunci (keyboard). Sekiranya murid berhenti atau talian terputus, maka murid boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.

4. Murid telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. Sijil ini mempunyai skor minima untuk mendapatkannya. Jika tidak mencapai skor ini, sijik tidak dikeluarkan. Murid yang layak mendapat sijil penyertaan UKM1 tidak semestinya murid tersebut melepasi skor kelayakan untuk ke ujian saringan kedua UKM2.

5. Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Murid juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my/

6. Murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan untuk sertai ujian saringan kedua UKM2 secara terkawal yang akan diadakan dalam bulan Julai hingga Ogos. Semakan kelayakan boleh dibuat di laman http://semak.permatapintar.edu.my/ mulai bulan Julai. Murid/guru/ibu bapa perlu memastikan nombor telefon dan emel yang betul dalam maklumat murid.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP