Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz di Pusat Tingkatan 6 KPM Ambilan Tahun 2019


Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz di Pusat Tingkatan 6 KPM Ambilan Tahun 2019. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Murid Lepasan Tingkatan Lima (5) Tahun 2018 yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh negara untuk memohon mengikuti Tingkatan 6 (Tahfiz) yang ditawarkan di Pusat Tingkatan 6 SMKA Putrajaya dan Pusat Tingkatan 6 SMKA Kedah bagi Ambilan Mei 2019 seperti berikut:

1.1 Pelaksanaan tingkatan 6 (tahfiz) ini menggabungkan antara hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial dan amali qiraat dalam tempoh masa selama tiga semester.
1.2 Pengajian Tahfiz ini bertujuan melahirkan murid yang mantap hafazan, mahir dalam ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, dan cemerlang akhlak serta menyediakan murid ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.
1.3 Kandungan mata pelajaran Tahfiz Al-Quran yang diperkenalkan di tingkatan 6 tahfiz adalah untuk memantapkan hafazan 30 juzuk al-Quran, Maharat Ulum al-Quran, asas Maharat Qiraat Ilmi dan Amali bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah; dan mengaplikasi Maharat al-Rasm, Dhabt al-Quran dan
Fawasil.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Syarat yang ditetapkan untuk pengambilan calon adalah seperti yang berikut :

2.1 Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa;
2.2 Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2.3 memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz Al-Quran  dan Maharat al-Quran sekurang-kurangnya gred C; atau
2.4 murid Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan Sunnah sekurang-kurangnya gred C dan telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk; atau
2.5 murid sekolah tahfiz swasta memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan Sunnah sekurang-kurangnya gred C serta telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk
2.6 bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat Semester 3.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

3.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang (web url)
http://jpwpp.moe.gov.my/smkat6tahfiz mulai 13 Mac 2019.
3.2 Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran kemasukan. Maklumat ini juga akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran murid.

MAKLUMAN DAN PERHATIAN

4.1 Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://jpwpp.moe.gov.my/smkat6tahfiz pada 1 April 2019.
4.2 Calon yang berjaya dalam temuduga tingkatan 6 Tahfiz boleh menyemak keputusan temuduga melalui laman sesawang http://jpwpp.moe.gov.my/smkat6tahfiz pada 16 April 2019.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

22 Mac 2019 (Jumaat), Jam : 11.59 Malam

MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras Bawah & 2
No 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
(u.p : Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
No. Telefon : 03-8321 7200

Atau

JABATAN PENDIDIKAN WP PUTRAJAYA
Aras 7, Lobi 2, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E,
62604, Putrajaya
No. Telefon : 03-8889 0033

** Sila layari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut berkaitan tingkatan 6 tahfiz.
Portal Rasmi : http://portal.mpm.edu.my/home
Pewartaan Subjek Tahfiz : http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/d2c91960-e242-4d11-aa4a-a17000b613dc
Sukatan Pelajaran Tahfiz dan Kertas Soalan Contoh : http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/898eef51-a80c-4178-91e9-57108afae2a8

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP