Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian


Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Luar Negara Atas Urusan Persendirian. Kerajaan telah menyediakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan kepada pegawai Perkhidmatan awam yang berada di luar negara/negara ketiga atas urusan persendirian. Dalam hal ini, Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah dilantik sebagai syarikat penanggung insurans kesihatan di bawah skim Takaful My ar-rehlah bagi tempoh sehingga 31 Disember 2018.

Bagi memastikan kesinambungan kemudahan ini tidak terjejas semasa proses peralihan dan pelantikan syarikat penanggung insurans yang baharu, mulai 1 Januari sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak, pegawai Perkhidmatan Awam boleh menggunakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan mengikut peraturan-peraturan seperti berikut :

a. secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) di mana pegawai hendaklah mendahulukan bayaran premium dan kemudian menuntut balik bayaran berkenaan daripada Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan resit berkaitan;

b. kadar premium yang ditetapkan adalah terhad kepada kadar premium mengikut negara dilawati seperti di Lampiran A; dan

c. pegawai yang membuat tuntutan bayaran balik premium dianggap telah menggunakan kemudahan perlindungan insurans kesihatan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang berada di luar negara/negara ketiga atas urusan persendirian bagi tahun 2019.

Lampiran A

Bil Hari
Kadar Premium Insurans Kesihatan (RM)
Kawasan 1
Kawasan 2
Kawasan 3
1 hingga 5
32
42
52
6 hingga 10
46
64
80
11 hingga 18
62
103
120
19 hingga 31
72
119
170

Kawasan 1 : Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filifina, Myanmar, Nepal, Kemboja, Laos, China, India, Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Pakistan, Sri Lanka, Taiwan, Vietnam, Hong Kong, Macau dan di dalam Malaysia

Kawasan 2 : Seluruh dunia kecuali USA/Kanada dan negara-negara di Kawasan 1

Kawasan 3 : USA/Kanada

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016