Sumbangan Dan Kutipan Dana Bagi Pembangunan Pusat Tahfiz Presint 18, Putrajaya


Sumbangan Dan Kutipan Dana Bagi Pembangunan Pusat Tahfiz Presint 18, Putrajaya. Tabung Amanah Pendidikan Putrajaya (TAPP) bertujuan untuk membangunkan sebuah PUSAT TAHFIZ PUTRAJAYA di Presint 18, Putrajaya. Sehubungan dengan itu, Tuan, Puan yang berhasrat untuk menyumbang secara sedekah / infaq adalah dialu-alukan sebagaimana ketetapan akaun di risalah.

Adalah dimaklumkan, akaun ini diuruskan oleh Pemegang Amanah yang dilantik oleh Perbadanan Putrajaya iaitu AmanahRaya Berhad. Semoga sumbangan daripada Tuan, Puan ini merupakan satu sumbangan untuk saham di akhirat kelak dan sama-samalah kita menanamkan sifat suka bersedekah dan saling bantu membantu di dalam meningkatkan pembangunan pendidikan islam yang berteraskan Al Quran dan Hadis di Pusat Tahfiz Putrajaya.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Urusetia di talian berikut 03-88877629/7472/7633.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP