PERTANDINGAN PEMBANGUNAN APLIKASI STEM (ANDROID) MySTEMapps Challenge 2018 - Inisiatif #49 PENGUKUHAN PENDIDIKAN STEM


PERTANDINGAN PEMBANGUNAN APLIKASI STEM (ANDROID) MySTEMapps Challenge 2018 - Inisiatif #49 PENGUKUHAN PENDIDIKAN STEM. Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018 ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Inisiatif #49 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Pengukuhan Pendidikan STEM yang diterajui oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM.

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam industri pembangunan aplikasi, di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi seiring dengan Anjakan ke-7 PPPM 2013-2025, iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan Inisiatif ke-3 Digital Malaysia (DM) yang bercita-cita untuk memastikan bahawa semua belia Malaysia dilengkapi dengan kemahiran digital serta kecekapan yang diperlukan untuk tenaga kerja masa depan menjelang tahun 2020.

Surat Hebahan
http://btp.moe.gov.my/media/PEP/STEM2-Surat_Hebahan.pdf

Garis Panduan Pertandingan Aplikasi STEM KPM 2018           
http://btp.moe.gov.my/media/PEP/STEM1-Garis_Panduan_Pertandingan_Aplikasi_STEM_-mySTEMapps_Challenge.pdf

Poster Pertandingan
http://btp.moe.gov.my/media/PEP/stem4-mystemapps_poster.jpg

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Mohd Farid bin Mohd Fuad Ooi, Sektor Pembangunan e-Pembelajaran di talian 03-2081 8053.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP