PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (1994-2019)


PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK MAJLIS
BANDARAYA JOHOR BAHRU (1994-2019). Jom! Apa tunggu lagi kan. Muat turun keterangan dan borang melalui pautan berikut :

http://www.mbjb.gov.my/sites/default/files/syarat-terma-borang-penyertaan_0.pdf

Syarat dan Terma Pertandingan

  1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA. Warga kerjaMBJB adalah tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
  2. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk / ditiru / diciplak dari mana-mana logo tempatan mahu pun dari luar negara. (panel penilai / urus setia berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati tidak asli)
  3. Semua logo dan slogan yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan (MBJB) adalah menjadi hak milik MBJB dan tidak akan dikembalikan. MBJB berhak meminda atau mengubah suai logo dan slogan yang yang terpilih bagi maksud untuk digunakan, dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara, majlis dan bahan promosi lain yang difikirkan wajar.
  4. Setiap individu hanya dibenarkan untuk menyertai HANYA SATU sahaja penyertaan bagi pertandingan logo dan slogan.

Spesifikasi Reka Bentuk Logo

  1. Reka bentuk mestilah baharu, asli dan dihasilkan sendiri serta tidak menceduk manamana logo yang dikenali masyrakat. (panel penilai / urus setia berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati tidak asli)
  2. Reka bentuk logo hendaklah tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.
  3. Rekacipta logo hendaklah melambangkan dan menepati tujuan SAMBUTAN JUBLI PERAK MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (1994-2019)
  4. Rekabentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas serta penggunaan warna tidak melebihi 4 warna.
  5. Reka bentuk hendaklah dihasilkan di atas kertas bersaiz A4 berwarna putih secara komputer grafik
  6. Logo & simbol hendaklah menggambarkan identiti dan imej korporat MBJB serta memberi gambaran grafik yang berkesan kepada kempen yang akan dijalankan
  7. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan dalam rekaan yang dihantar kepada urusetia

Dokumen Permohonan Penyertaan
  1. Setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ini dikehendaki menyediakan dua (2) salinan dokumen seperti berikut :
    • Borang Penyertaan
    • Reka bentuk logo / Design Logo beserta penerangan
    • Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy (dalam format JPEG atau apa-apa format yang boleh diubah suai dan disalin di dalam CD) ke alamat email : penerbitan.mbjb@gmail.com dan bentuk hardcopy di hantar ke alamat :
BAHAGIAN KORPORAT & PERHUBUNGAN AWAM
PETI SURAT 232, JALAN DATO’ ONN,
80720, JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TA’ZIM.

Tempoh Penyertaan
Penyertaan dibuka dari 31 Julai 2018 (Selasa) sehingga 30 Ogos 2018 (Khamis).

Tarikh Tutup Penyertaan.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Ogos 2018 pada jam 3.00 petang.
Sebarang penyertaan selepas daripada tarikh dan waktu tersebut adalah tidak dilayan.

Metodologi Penilaian
  1. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima dari peserta yang menyertai pertandingan ini.
  2. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap layout / design logo dihantar kepada Urus Setia Pertandingan. 
Pemenang dan hadiah Pertandingan
Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini.
Hadiah Utama Logo adalah Wang Tunai Berjumlah RM 2000 dan Sijil Penyertaan

Panel Penilai
  1. Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dilantik.
  2. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai.
  3. Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
  4. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo dan slogan yangterpilih sekiranya perlu.
  5. Logo dan slogan yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi HAK MILIK MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU.
--- 
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied