MALAYSIA #QURANHOUR : BANGSA BERBUDI DAN PENYAYANG - 30 Ogos 2018


MALAYSIA #QURANHOUR : BANGSA BERBUDI DAN PENYAYANG - 30 Ogos 2018. Jom Sertai! Mula berinteraksi dengan Al-Quran -baca terjemahan untuk faham, mengadakan perbincangan Al-Quran- atau apa-apa bentuk interaksi yang meraih keredhaan Allah. Daftar penyertaan anda melalui pautan berikut : http://bit.ly/MQH1439H.

Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos 2018 merupakan ajakan agar seluruh masyarakat memahami intipati dan erti kemerdekaan dalam membangunkan sebuah negara yang aman, utuh dan progresif, melalui intervensi yang diformulasikan dari prinsip-prinsip Al-Quran. Model dari kandungan Al-Quran menjadi rujukan kepada isu pembangunan dan kaedah menangani cabaran sosio-ekonomi era ini.

Penghayatan isi Al-Quran berusaha digarap sepenuhnya dalam usaha mengangkat potensi dan kecemerlangan sebenar yang boleh dilahirkan oleh setiap individu. Dengan memahami dan berinteraksi dengan Al-Quran selama sekurang-kurangnya 1 jam sehari selama 365 hari setahun, Al-Quran menjadi sumber bimbingan utama dan rujukan untuk meningkatkan jatidiri secara holistik dari aspek fizikal, emosi, spiritual, intelektual dan sosial. Dari kekuatan dalaman yang terbina inilah akan wujud individu yang merdeka jiwanya dan berupaya melonjak sebuah tamadun bangsa dan negara.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP