FAQ PAKEJ KHAS UNIFI MOBILE UNTUK GURU-GURU : PEK JASA


FAQ PAKEJ KHAS UNIFI MOBILE UNTUK GURU-GURU : PEK JASA
KETAHUI LEBIH LANJUT

1. Apakah Pek Jasa?           
Pakej ini menawarkan pelan mobile tanpa had bagi data, panggilan suara dan SMS pada nilai RM59 sebulan, dengan syarat anda juga melanggan perkhidmatan jalur lebar dari TM serta menggunakan model telefon Band 5. 
Pelanggan juga akan berpeluang mendapat set telefon mudah-alih secara percuma, bagi perkhidmatan unifi Mobile yang diaktifkan dalam masa 30 hari, selagi stok masih ada. 
Bagi pelanggan baru yang ingin melanggan perkhidmatan jalur lebar dari TM, pakej ini turut menawarkan pelan unifi Lite, Advance atau Pro bersama dengan Jasa Pack. 

2. Saya belum mempunyai pakej jalur lebar di rumah. Apakah pakej unifi yang ditawarkan bersama Pek Jasa ?       
Anda akan menikmati langganan pakej promosi selama 24 bulan seperti berikut:

PAKEJ UNIFI
HARGA
HARGA SELEPAS 
24 BULAN
Lite 10M
RM 99 / bulan
RM 129 / bulan
Advance 30M
RM 169 / bulan
RM 199 / bulan
Pro 100M
RM 299 / bulan
RM 329 / bulan

3. Apakah kriteria yang diperlukan oleh bakal pelanggan untuk layak memohon pakej ini?     
Semua guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran yang ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pejabat Pendidikan Negeri (PPN) dan dimana-mana jabatan di Kementerian Pendidikan yang bergred DG. Pra-syarat langganan ialah pemohon perlu mempunyai akaun unifi atau jalur lebar dengan TM. 

4. Bilakah tempoh kempen ini? 
Kempen ini berjalan dari 13 Mac hingga 31 Disember 2018. 

5. Apakah perbezaan antara pakej ini dengan pakej jalur lebar kediaman sedia ada yang ditawarkan oleh TM? 
Pek Jasa ini menawarkan pelan mobile tanpa had bagi data, panggilan suara dan SMS, dimana pelanggan boleh menikmati perkhidmatan di luar kawasan rumah manakala perkhidmatan jalur lebar kediaman hanya dinikmati di rumah. 

6. Mengapakah pakej ini hanya ditawarkan kepada guru-guru? 
Ini adalah sebagai usaha TM menyokong pendidik-pendidik yakni guru-guru dalam mencari bahan-bahan pembelajaran yang banyak terdapat di atas talian. Kami juga berhasrat menggalakkan guru-guru menguruskan tugas harian dan lain-lain aktiviti mereka hanya dari satu klik. 

7. Bagaimana hendak melanggan pakej ini?   
Anda hanya perlu membawa MyKad anda, surat pengakuan rasmi dari Pengetua atau Guru Besar sekolah atau Ketua Jabatan dengan cap rasmi dari pejabat sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri ke TMpoint terdekat. 

8. Di manakah saya boleh melanggan pakej ini? 
Anda boleh melanggan pakej ini di mana-mana TMpoint terdekat. 

9. Berapa jumlah talian unifi Mobile  boleh dilanggani di bawah Jasa Pack? 
Setiap orang guru dibenarkan melanggan satu talian dibawah pelan ini. 

10. Bolehkah saya memindahkan nombor pelan sekarang ke Pek Jasa?     
Ya, anda boleh memindahkan nombor pelan sekarang kepada Jasa Pack jika anda tidak mempunyai sebarang baki yang belum dijelaskan, tidak disenarai-hitamkan dan tidak lagi terikat dengan kontrak dengan pembekal perkhidmatan semasa. Anda boleh lakukannya di mana-mana kaunter TMpoint. 

11. Berapa lamakah tempoh untuk memproses pemindahan nombor saya?     
Kami akan bantu bagi pihak anda untuk memohon pemindahan nombor dari pembekal perkhidmatan semasa anda, sebaik sahaja semua pembayaran dijelaskan. Pihak pembekal perkhidmatan semasa anda mungkin mengambil sehingga 5 hari bekerja untuk meluluskannya.   

12. Adakah saya layak untuk melanggan Jasa Pack sekiranya guru itu adalah suami/isteri saya? 
Untuk memudahkan proses pendaftaran hanya pemegang akaun dengan unifi atau pra unifi boleh memohon kepada pelan Jasa Pack.   

13. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menamatkan langganan unifi home?   
Pelanggan boleh terus menikmati Pek Jasa kerana kami sangat menghargai jasa guru-guru dalam mendidik anak-anak Malaysia.   

14. Adakah saya akan dikenakan caj penamatan awal atau penalti sekiranya saya menamatkan perkhidmatan unifi atau Broadband sebelum tamat tempoh kontrak? 
Caj Penamatan Perkhidmatan unifi pada bila-bila masa semasa Tempoh Langganan Minimum, semua Yuran dan caj tertunggak semasa penggantungan atau penamatan, ganti rugi yang dibelanjakan bagi yuran bulanan internet yang masih ada (bayaran bulanan internet dikira berdasarkan harga internet sebenar sebelum diskaun) perlu dibayar oleh pelanggan. 

15. Jika saya seorang pengguna mudah alih unifi yang sedia ada dengan 5 talian unifi mobile bolehkah saya memohon kepada Pek Jasa?   
Had untuk Pek Jasa untuk 1 orang adalah hanya 1 talian, tetapi jika anda adalah pelanggan sedia ada dengan 5 talian, untuk menikmati Pek Jasa, talian yang ke 5 perlu ditamatkan.   

16. Jika saya seorang pelanggan yang sedia ada dengan 1 talian, saya boleh memohon pelan ini?   
Sudah tentu, selagi anda disahkan dengan MOE sebagai guru dengan gred DG, anda boleh melanggan Pek Jasa. Tetapi sila ambil perhatian bahawa hanya 1 Jasa Pack mudah alih yang layak dilanggan. 

17. Apa yang akan berlaku kepada langganan Jasa Pack saya apabila saya bersara atau meninggalkan perkhidmatan?   
Manfaat ini akan dinikmati selagi tiada sebarang perubahan.   

18. Kediaman saya terletak di kawasan yang tidak ada perkhidmatan unifi. Adakah saya masih boleh melanggan pakej ini? 
Pakej ditawarkan tertakluk kepada kesediaan perkhidmatan dan dalam kawasan liputan. TM akan war-warkan dari masa ke semasa tentang kesediaan memberi perkhidmatan di kawasan anda. Namun begitu, anda boleh melanggan TM Broadband dan layak melanggan Pek Jasa. 

19. Apakah jenis-jenis panggilan yang diliputi dalam Pek Jasa?   
• Semua panggilan dan SMS domestic ke unifi Mobile  dan ke semua pengendali mobile lain
• Semua panggilan ke talian tetap domestic   

20. Apakah jenis panggilan dan SMS yang tidak termasuk dalam plan Pek Jasa?      
Caj tambahan akan dikenakan kepada panggilan dan SMS berikut
a) Panggilan ke nombor-nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
b) Panggilan ke Singapura (02-)
c) Panggilan Sempadan ke Brunei (080-)
d) Panggilan ke nombor khas
e) Panggilan & SMS dari Malaysia ke nombor antarabangsa (IDD)
f) Panggilan dan SMS semasa berada di luar negara 
 
21. Adakah saya perlu memohon kad SIM berukuran tertentu (seperti micro SIM atau nano SIM) sebelum membuat bayaran?   
Tidak perlu. Semua kad SIM tersedia dalam 3 ukuran (standard, micro dan nano) dan sesuai untuk dipasang dalam semua model telefon. 

22. Saya tidak dapat  menggunakan kad SIM saya.           
Kami telah bekerjasama dengan beberapa pengilang set telefon bagi menyokong penetapan secara automatic sebaik sahaja anda masukkan kad SIM unifi. Anda akan menerima notifikasi dalam masa beberapa minit selepas kad SIM dimasukkan. 
Notifikasi ini adalah untuk menetapkan Access Point Name (APN) kepada unifi di dalam penetapan telefon. Sekiranya anda tidak menerima notifikasi tersebut, anda boleh tetapkan APN kepada unifi secara manual.
• Pergi ke “Penetapan > Lagi/Mobile > Access Point Name” 
 
23. Bagaimana jikalau saya sudah melanggan 5 talian unifi Mobile , adakah saya masih boleh melanggan Pek Jasa? 
Tidak digalakkan untuk pelanggan mendaftar lagi, kerana talian ke 5 yang didaftarkan (RM49) perlu ditamatkan bagi membolehkan anda mendaftar Pek Jasa.   

24. Bolehkah saya gunakan telefon saya sebagai hotspot?       
Ya, anda boleh beli pass Personal Wi-Fi pada harga RM6.36 untuk 2 jam (termasuk GST). Pass ini diaktifkan serta merta semasa pembelian. Anda juga akan terima hotspot peribadi sebanyak 10 GB yang boleh digunakan di kawasan liputan 4G.   

25. Berapa bilangan peranti yang boleh saya hubungkan mengguna pass Personal WiFi? 
Anda boleh kongsi Wi-Fi anda sehingga maksima 5 peranti. 
 
26. Apakah ciri-ciri panggilan suara yang diliputi dalam pelan mobile saya?    
• Panggilan ditangguh
• Panggilan menunggu
• Notifikasi panggilan tidak terjawab 

27. Apakah ciri-ciri panggilan suara yang tidak diliputi dalam plan mobile saya?     
• Panggilan video
• Mel suara
• Panggilan alihan
• Panggilan banyak pihak
• Paparan No Peribadi dalam panggilan keluar
 
28. Apakah caj panggilan ke nombor khas?   
Caj panggilan ke nombor khas adalah 60 saat per blok.   

NOMBOR
SERVIS
CAJ
(Tidak termasuk GST)
13388
unifi mobile careline

999
Malaysian Emergency Response Services
15999
Talian Nur & Childline
1-800
Toll Free Hotline Numbers
13777
Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)
100
TM Customer Careline
1051
Time Announcement
RM 0.15 / min
15454
TNB
RM 0.15 / min
15300
Pengurusan Air Selangor
RM 0.15 / min
103
TM Directory Assistance Service
RM 0.15 / min
 
29. Apakah ciri-ciri SMS yang diliputi dalam pelan mobile saya?   
• Hantar SMS ke nombor domestic / kod ringkas domestik
• Terima kod transaksi bank (TAC)
• OTT SMS (contoh: WhatsApp)
• Perkhidmatan SMS kecemasan 
 
30. Apakah fitur SMS yang tidak diliputi dalam pelan mobile saya?   
Multimedia Messaging Service (MMS).   

31. Apakah bayaran pendahuluan?   
Bayaran sebanyak RM106 (termasuk GST) dan akan di offset dalam bil pertama anda apabila melanggan Pek Jasa. 

32. Bagaimana cara untuk aktifkan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa? Adakah saya akan mendapat semula wang deposit apabila saya tamatkan perkhidmatan ini?    
Anda boleh aktifkan Perayauan Antarabangsa melalui Self Care atau di mana-mana TMpoint. Deposit sebanyak RM300 dikenakan dan akan dikembalikan apabila perkihdmatan tersebut ditamatkan, sekiranya tiada caj tertunggak dalam akaun anda.   

33. Berapakah had kredit bagi setiap talian?   
Had kredit bagi satu talian ialah RM500.00   

34. Bolehkah saya tambah had kredit saya?   
Ya. Anda boleh berbuat demikian melalui Self Care atau di mana-mana TMpoint.     

35. Bolehkah saya kurangkan kad kredit saya?   
Ya, boleh. Anda boleh lakukannya melalui Live Chat, borang bantuan online atau Careline. Deposit yang telah dibayar untuk penambahan had kredit akan dipulangkan setelah akaun ditutup/ditamatkan. 

36. Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya baki saya telah melebihi had kredit?     
Ya. Anda akan dimaklumkan apabila akaun anda mencapai 80% dan 100% had kredit, melalui SMS dan email anda yang didaftarkan.   

37. Sekiranya baki saya melebihi had kredit?    
Anda tidak dapat menggunakan perkhidmatan apabila baki telah melebihi had kredit.   

38. Berapa jumlah minima yang perlu saya jelaskan untuk memulihkan perkhidmatan sekiranya telah disekat disebabkan melebihi had kredit?   
Anda perlu membuat bayaran minima 75% dari jumlah yang tertunggak sebelum perkhidmatan disambung semula.   

39. Adakah semakan kredit saya akan dilakukan apabila saya melanggan Pek Jasa? 
Ya. Status kredit anda akan disemak sebagaimana amalan biasa semakan kredit telco (CTOS) apabila melanggan Pek Jasa. Walau bagaimanapun, semakan kredit dikecualikan sekiranya anda adalah pelanggan sedia ada unifi. 

40. Bagaimana untuk saya batalkan langganan?   
Penamatan perkhidmatan boleh dilakukan melalui Live Chat, Careline, e-mel atau di TMpoint sebelum jelaskan semua baki tertunggak.   

41. Sekiranya berlaku terlebih bayar, adakah wang tersebut akan dikembalikan? 
Ya. Kami akan pulangkan wang sekiranya berlaku terlebih bayar dan baki dalam akaun anda melebihi RM10.   

44. Bolehkah saya gunakan perkhidmatan ini untuk memuat turun (download) kandungan peer-to-peer? (Contoh, fail “torrent”)?   
Boleh. Anda boleh memuat turun peer-to-peer pada kelajuan 64 kbps.       

45. Adakah saya dibenarkan menggunakan panggilan tanpa had untuk urusan perniagaan, seperti penggunaan di pusat khidmat panggilan? 
Tidak boleh. Anda hanya dibenarkan membuat panggilan atas urusan peribadi dan mematuhi “fair usage policy”.   

46. Bolehkah saya membuat penghantaran SMS secara pukal?   
Tidak boleh. Anda hanya dibenarkan menghantar SMS atas urusan peribadi dan mematuhi “fair usage policy”.   

48. Adakah saya akan mendapat rebat sekiranya saya mendaftar Auto Pay?   
Ya. Anda layak mendapat rebat sebanyak RM2 setiap bulan sebaik sahaja perkhidmatan Auto Pay diaktifkan melalui Self Care selagi caj pada kad kredit berjaya dilakukan. 

49. Apakah  itu IDD?   
International Direct Dial atau IDD membolehkan anda membuat panggilan atau menghantar SMS ke nombor telefon di luar negara daripada nombor unifi Mobile anda di Malaysia. 

50. Bagaimana saya dapat mengaktifkan IDD? Adakah sebarang deposit diperlukan? 
Perkhidmatan IDD diaktifkan secara terus tanpa memerlukan deposit.   
 
51. Bagaimana cara untuk saya membuat panggilan natarabangsa?  
• Untuk membuat panggilan antarabangsa, dail 00, diikuti dengan kod negara yang dipanggil, kod kawasan atau bandar, dan nombor telefon destinasi. 
• Sebagai contoh, jika anda menghubungi seseorang di Brazil, (kod negara ialah 55) di bandar Rio de Janeiro (kod bandar ialah 21), dail 00 - 55 - 21 - XXXX-XXXX. 
• Untuk kemudahan anda, anda boleh gantikan 00 dengan +, contohnya +55 21 XXX-XXXX 

52. Apakah kadar panggilan IDD? 
Sila rujuk kadar panggilan IDD DI SINI

53. Apakah dia Perayauan Antarabangsa?    
Perayauan Antarabangsa membolehkan anda membuat/menerima panggilan, menghantar mesej, mengakses e-mel dan internet di lebih 180 buah negara seluruh dunia. 

54. Bagaimana untuk saya elakkan dari terkena caj yang tidak diketahui apabila saya dalam perayauan antarabangsa?   
Anda dicadangkan supaya menutup (off) ciri-ciri “Perayauan Data” pada telefon pintar anda sebelum tiba ke destinasi.   

55. Bolehkah saya gunakan perkhidmatan perayauan data apabila berada di luar negara?    
Boleh, tetapi anda perlu aktifkan perkhidmatan perayauan antarabangsa terlebih dahulu.   

56. Apakah yang ditawarkan oleh Pas Perayauan Data? 
Pas tersebut membolehkan anda melayari internet mobile apabila berada di luar negara sehingga waktu tengah malam di negara tersebut.   

57. Apakah tempoh sah Pas Perayauan Data? 
Pas tersebut sah sehingga tengah malam di negara tempat anda berada. Sebagai gontoh, sekiranya anda melawati negara Thai, pas perayauan data anda akan luput pada jam 12:00 tengah malam waktu Bangkok. 

58. Penggunaan saya telah capai had data! Bagaimana boleh saya teruskan untuk melayari web semasa saya masih dalam perayauan? 
Anda boleh membeli Pas Perayauan Data tambahan melalui self care atau hubungi kami. 

 
59. Adakah saya akan dimaklumkan apabila langganan saya berjaya?   
Ya. Anda akan menerima makluman melalui SMS apabila Pas Perayauan Data anda berjaya diaktifkan untuk langganan automatic dan pas memperbaharui   

60. Bagaimana untuk saya hentikan langganan Pas Perayauan Data?   
Tidak perlu hentikan langganan Pas Perayauan Data . Pas akan luput pada waktu tengah malam di banda anda berada.   

61. Adakah Pas Perayauan Data sesuai (compatible) dengan semua model telefon? (seperti iPhone/Blackberry/Android/Windows)? 
Ya. Ia sesuai dengan semua model telefon.     

62. Bagaimana untuk saya pantau penggunaan dan tarikh luput Pas Perayauan Data saya?   
• Anda akan menerima notifikasi SMS sebaik penggunaan melebihi kuota, dan apabila telah luput.
• Anda juga boleh menyemak melalui self care.   
 
63. Saya telah membeli Pas Perayauan Data di Singapura. Bolehkah saya gunakannya di Thailand pada hari yang sama? 
• Tidak boleh. Pas Perayauan Data adalah ditetapkan khas mengikut negara. 
• Sekiranya anda merantau ke beberapa buah negara pada hari yang sama, anda perlu aktifkan Pas Perayauan Data di setiap negara dan pilih pengendali negara masing-masing. 

64. Berapa caj yang dikenakan sekiranya saya gunakan mobile internet di luar negara tanpa Pas Perayauan Data? 
Anda akan dicaj berdasarkan penggunaan pada kadar RM 49.00/MB.   

65. Mengapa Pas Perayauan Datatidak berfungsi disesetengah negara? 
Sila semak Access Point Name (APN) pada telefon anda terlebih dahulu. APN hendaklah ditetapkan sebagai “unifi”. Untuk menyemak dan menukarnya, ikutlah langkah-langkah berikut: 
• Model Android: 
Settings > More > Mobile networks/Cellular networks > Access point names OR
Settings > Mobile networks > Access Point Names
Klik “Edit the Access Point Names” dan tukarkan kepada unifi Abaikan ruang lain mengikut tetapan sedia ada. Reboot telefon anda sekiranya perlu.
• Model iOS: 
Settings > Mobile Data > Mobile Data Network OR
Settings > Cellular > Cellular Data Network. 
Sentuh ruang Access Point Name dan tukarkan kepada unifi Abaikan ruang lain mengikut tetapan sedia ada. Reboot telefon anda sekiranya perlu. 

66. Apakah caj apabila saya membuat panggilan atau menghantar SMS semasa Perayauan? 
Caj panggilan dan SMS berubah mengikut negara di mana anda merantau. Blok panggilan ialah 60 saat satu blok.
   
67. Bagaimana saya menerima bil bulanan?   
Anda akan menerima bill bulanan melalui email anda yang didaftarkan dalam portal Self Care portal. 
68. Bilakah tarikh dan kitaran bil saya?   
Tarikh bil anda ialah pada 1hb setiap bulan. Kitaran pada tempoh sebulan penuh setiap bulan. (Contoh: 1 April – Bil dikeluarkan untuk tempoh 1hb – 30hb) 

69. Bolehkah saya memohon bil bercetak?   
Kami menyokong usaha mesra-persekitaran dan anda hanya mendapat e-bil. Anda boleh mencetak sendiri bil anda melalui portal Self Care.   

70. Di mana boleh saya bayar bill?           
• JomPAY terdapat di mana-mana saluran bank yang menyertai, melalui:
• Internet Banking
• Mobile Banking
• Biller Code: 3608 Kod Rujukan: No akaun unifi Mobile  (9-digit). Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.jompay.com.my   
Autopay 
• Berdaftarlah dengan Auto Pay menggunakan kad kredit Visa, MasterCard atau AMEX dan nikmati rebat RM2 rebate dari bil bulanan anda.   
unifi Mobile  Self Care 
• MasterCard, Visa (Credit & Debit Card), AMEX https://mobile.unifi.com.my/
Kaunter Bayaran  
• CIMB: https://www.cimbclicks.com.my  (Bank in ke no akaun unifi Mobile, No Akaun CIMB: 98953 diikuti no akaun unifi Mobile  (9 digit)
• POS Malaysia http://www.pos.com.my/ 
• TMpoints     

71. Penerima (payee) mana harus saya pilih apabila saya membuat pembayaran secara online, ATM & mesin deposit tunai?   
Sila pilih ‘webe digital sdn bhd’ apabila anda membuat pembayaran secara online, ATM dan mesin deposit wang   

72. Apakah itu rangkaian LTE unifi Mobile LTE dan bagaimanakah liputannya?     
• Rangkaian LTE unifi Mobile  menggunakan spektrum 850 MHz. Kami melebarkan secara aktif kawasan liputan rangkaian LTE kami dan pada masa ini memberi tumpuan kepada kawasan Lembah Klang dan Johor Bahru. 
• Anda masih tetap boleh nikmati liputan 3G di luar Lembah Klang dan Johor Bahru. Ahli-ahli kumpulan kami bekerja keras menambah kawasan liputan rangkaian LTE unifi Mobile dari hari ke hari supaya anda dapat menikmati pengalaman LTE yang terbaik. 
 
73. Bagaimana sekiranya telefon saya yang digunakan pada masa ini dengan Jasa Pack bukan Band 5?           
Data dan teks yang tidak berkesudahan digunakan dengan penggunaan dalam model telefon Band 5. Anda mungkin tertakluk kepada penggantungan perkhidmatan jika didapati sebaliknya.
Anda mungkin tertakluk kepada penggantungan perkhidmatan jika didapati menggunakan SIM untuk membuat panggilan melebihi 2000 minit atau / dan menggunakan sehingga 5GB data mudah alih (pada bila-bila masa dalam sebulan) dalam model telefon bukan Band 5.
Di samping itu jika anda tidak menggunakan telefon 5 band, anda tidak akan menikmati pengalaman 4G terbaik. 

74. Di manakah boleh saya gunakan perkhidmatan Pek Jasa? 
Seluruh pelosok tanahair, kerana kami mempunyai liputan di seluruh negara.   

75. Bagaimana untuk saya menyemak sekiranya kawasan saya di dalam kawasan liputan LTE? 
You can check the LTE coverage https://mobile.unifi.com.my

76. If my husband is the teacher, can I subscribe to unifi mobile Pek Jasa?   
Only account holder with unifi or pre unifi can apply to unifi mobile Pek Jasa. 

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

mknace unlimited berkata…
Beza pada pelan yang diberikan. Actually pek jasa adalah webe yang dah direbranding
Unknown berkata…
Saya seorang guru tetapi akaun jalur lebar TM di rumah atas nama adik ipar. Jadi boleh x saya mohon utk pakej jasa guru ini?
mknace unlimited berkata…
Hanya pemegang akaun jalur lebar boleh mohon. Sila rujuk TM untuk panduan
Unknown berkata…
saya mmg dah ada unifi di rmh...tp skrg saya nak guna pakej jasa...boleh ke saya terminate unifi rumah...sbb saya nak fokus 1 bayaran sahaja...
mknace unlimited berkata…
pek jasa ni hanya boleh dilanggan dengan syarat anda pengguna unifi :)
Unknown berkata…
Berapa Mbps kelajuan data plan jasa?
Siti Nurbaya berkata…
Terlebih bayar kira forward bulan berikutnya atau refund semula?

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP