Sekolah Tun Fatimah : 20180127 Outing Bermalam Januari


Sekolah Tun Fatimah : 20180127 Outing Bermalam Januari. Hmmm. Actually aku rasa bersalah malam ni. Sian Iqa. Sikit sangat masa diluangkan bersama dia kali ni. Mama pun kata macam dia ada pendam something ituhari. Dah remaja kan. Empati dia agak tinggi sebelum balik ituhari. Aku kalau ikut ada banyak benda yang aku nak buat dengan dia. Perancangan Tuhan kan. Baru nak balik dah jadi kes emergency.

Balik dari wad nengok dia terbongkok bongkok buat projek dia. Ada beberapa benda lagi tak cukup. Dia ajak ke Daiso. Kebetulan. Ada la sedikit masa nak berborak. Drive. Singgah Columbia jap. Kebetulan Pak Ngah dia pun baru admit ke wad semalamnya. Aku tak nak dia hanya fikirkan kerja aje. Family value tu paling diutamakan. Selepas tu baru kami ke Aeon.

Sekali sampai. Daiso pulak buat renovation. Masak. Singgah jap Popular. Memang takde. aku terus ajak ke Rainbow Taman Universiti. Tak kisahla jauh sikit yang penting dia akan dapat barang dia. Setakat ni Rainbow bagi aku tak pernah mengecewakan. Sampai sana si Ici dah lentok sakan. Lepak kat satu sudut bagi kebebasan pada Iqa untuk memilih. Sesekali dia jumpa aku tanya pendapat.

Balik singgah jap burger untuk cari sapdek. Perut mau isi juga maaa... Malam tu memang tungkus lumus la. Belasah sampai siap. Ada beberapa tempat kena touch-up. Masa ni la pisau ukir aku ntah ke mana. Belasah aje pisau mana yang ada. Sib baik masih tak keras tangan tu. Hehehe. Alhamdulillah. Dapat jugak setelkan kerjanya. Quite nice jugak la hasil kerja Iqa ni.

Balik STF pada Sabtunya a bit late dari biasa. Memang ni la first time aku balik lewat. Berderet kereta. Ye lah. Inaz pun nak kena tengok jugak kan. Sian Inaz. Badan dia masih lemah. Kena jugak ikut sebab takde sapa kat rumah. Pak Ngah nya sakit. Inaznya sakit. Memang minggu yang tak berapa nak baik untuk kami. Tu lum masuk cerita Iqi pulak yang tersiat pipi. Ujian Tuhan pada kami ni sebenarnya. Malam tu aku dah over. 3 hari straight, akhirnya kena jugak rendam kaki dalam ais. Alhamdulillah. Apapun. Harap Iqa dan Inaz dapat lalui tahun yang menggetirkan ini dengan baik. Dua-dua akan menduduki peperiksaan tahun ni. Iqa dengan PT3, Inaz dengan UPSR. All the best and be the best! Both of you can do it!


singgah jap kat sini

pak ngah layan aje walau kepala dia ligat berpusing tu

sempat snap snap cam biasa


abe omey dah lentok abis. sampai rumah baru bangun. abah. inan mana? hehehe

sempat layan doodle sambil lepak ngan ici


singgah jap beli burger



malam sambung projek iqa lagi


ni esoknya. dah kering dan mula menghias. teringat pulak jaman kat U. amik grafik. ni la antara kerja projek aku. bagi pisau ukir, bagi cat spray. meme layan la 


setel


petangnya baru kami gerak. pergghhh...


tu pun masih lapang lagi banding masa kami keluar. jem sampai asrama pusat kot


alhamdulillah. nampak dua muka memang penat habis kan.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

nonie zulkifli berkata…
Boleh saya tanya. Di stf ada mesin basuh ke? Saya nampak ank bawa meja kecik.. mmg perlu ke.. saya ada ank akan daftar isnin ni utk form4. Search2 tgk ada blog ni..
mknace unlimited berkata…
Ada mesin basuh. Meja kecik tu tak perlu actually. Cuma ada student yang suka sambung study kat bilik.

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP