PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malu Sebahagian Dari Iman
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malu Sebahagian Dari Iman
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Iman memiliki lebih dari enam puluh cabang, dan malu adalah sebahagian daripada iman".(HR Bukhari No: 8) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Iman memiliki lehih 60 cabang. Sifat Malu adalah sebahagian daripada keimanan seseorang.
2. Satu daripada sifat orang beriman ialah memiliki perasaan malu untuk melakukan maksiat dan malu jika tidak melaksanakan perintah Allah dan Rasul.
3. Malu itu menurut Kitab Mukhtashar Jaami’ Al-‘Uluum Wa Al-Hikam ada dua jenis:
a. Malu yang bersumber dari tabiat dan fitrah sejak lahir, ia merupakan diantara akhlak paling mulia yang dikurniakan Allah kepada seorang hamba.
b. Malu yang terhasil dari usaha dan latihan, yang merupakan pengaruh positif dari mengenal Allah dan keagungan-Nya. Ia merupakan salah satu bahagian darjat keimanan. Rasa malu ini, menjadi penghias dirinya dengan sifat yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang hina.
Ayuh bersifat MALU yang menjadi satu cabang daripada bukti keimanan kita.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
20hb Januari 2018
03hb Jamadil Awal 1439H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan