PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berbakti dan Berbuat Baik Pada Ibu, Bapa dan Kerabat


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Berbakti dan Berbuat Baik Pada Ibu, Bapa dan Kerabat

عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِ يكَرِبَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِأُمَّهَاتِكُمْ ثَلَاثًا إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِآبَائِكُمْ إِنَّ اللَّهَ يُوصِيكُمْ بِالْأَقْرَبِ فَالْأَقْرَبِ

Dari Al Miqdam bin Ma'dikarib, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewasiatkan kalian supaya berbakti kepada ibu-ibu kalian. Baginda mengucapkan hingga tiga kali, berbakti kepada bapa-bapa kalian, berbakti kepada kaum kerabat kalian, lalu kepada kerabat yang lebih dekat lagi." (Sunan Ibnu Majah No: 3651) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik dan berbakti mengikut keutamaan:

a.  Berbuat baik dan berbakti dengan ibu

b.  Berbuat baik dan berbakti dengan bapa

c.  Berbuat baik dan berbakti dengan kaum kerabat yang dekat

d.  Berbuat baik dan berbakti dengan  kaum kerabat yang jauh

2.  Menjadi tanggungjawab setiap anak untuk berbuat baik kepada ibu terlebih dahulu.

3.  Al-Qurthubi: “Hadis tersebut menunjukkan bahwa kecintaan dan kasih sayang terhadap seorang ibu, harus tiga kali ganda besarnya dibandingkan terhadap seorang ayah. Nabi SAW menyebutkan kata ibu sebanyak tiga kali, sementara kata ayah hanya satu kali. Ini disebabkan kesulitan si ibu semasa mengandung, kesulitan ketika melahirkan, dan kesusahan menyusuinya yang mana seorang ayah tidak memilikinya. (Lihat Tafsir Al-Qurthubi X : 239.

4.  Berbuat baik juga dituntut kepada bapa, kerabat terdekat seperti adik beradik, datok dan nenek juga kerabat yang jauh seperti sepupu dan lain-lain.

Moga kita sentiasa berbuat baik dan berbakti.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

11hb Januari  2018
23hb Rabiul Akhir 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied