Inaz @ HSA : Kecemasan


Inaz @ HSA : Kecemasan. 25 Januari. Seriously. Benda ni langsung tak terjangkau dek akal aku untuk hari tu. Aku sibuk dengan kerja petangnya lepas Sambutan Maulid tu. Iqa call. Sekali nengok jam dah lepas jam 3. Teruk tul la bapak dia sorang ni. Terus kemas barang. Gerak ke STF. Ceritanya hari ni kena ambil iqa kat STF untuk balik bermalam. Setel semua terus gerak untuk balik. Sekali. Masa dah nak sampai ke guard tetiba masuk call dari nombor yang aku tak tahu. En Khairul. Syafinaz sakit perut teruk. Baru lepas muntah-muntah.

Aku terus cari nombor mama. Paling dekat untuk ke sekolah inaz. Tak angkat. Call atuk. Pun tak angkat. Sudah! Tetiba je jadi a bit havoc. Berkecamuk. Ulang lagi dua tiga kali. Sama. Aku telefon semula ustazah inaz. Macamana keadaan inaz. Masa ni aku ada kat jambatan lebuhraya pesisir dah. Saya akan sampai sebab yang lain tak dapat dihubungi. Rupanya isu sama diperingkat sekolah. Nombor aku je yang boleh dihubungi buat masa tu. Apa lagi. Terus memecut. Iqa memang dari tadi diam aje. Memang tak dapat cakap apa pun dengan dia.

Dah sampai trafik light tu ustazah dia call lagi. Saya dah bawa dia ke KK Gelang Patah. Terus aje aku buat pusingan hala ke GP. Sampai aje nengok dia dah meraung kat katil tu dengan 3 MA. Alhamdulillah atuk pun ada. Aku suruh je atuk balik ngan iqa dan iqi. Biar aku je kat situ. Check punya check diaorang dah mula pasang apakebenda yang kat tangan tu ntah. Aku sempat kenoning cam biasa. Sempat pulak deme risau nengok aku. Takdehal aku kata. Lepas recover ni dah takdepape. Pasal aku dah banyak kali lalui. Dah tau apa nak buat. Lepas tu aje memang la darah nak meleleh ke apa aku dah takde perasaan dah. Sekali je. Dan memang banyak kali pun darah inaz keluar. Pastu terus gerak ke HSA ngan ambulan. Aku pun ikut sama aje naik dalam ambulan tu.

Sampai. Terus masuk yellow zon. Kali ni aku kena duduk luar. Muka doktor tu macam familiar tul. Macam muka ex anak murid aku. Tapi aku takde masa nak tegiur beramah mesra lam keadaan havoc dalam yellow zon tu. Sesekali aku dipanggil masuk. Risau memang risau sengsangat. Sesekali kena gi depan kecemasan tu just untuk nengok mesej sebab line langsung takde kat area menunggu tu. Paling aku risau adalah bateri. Sib baik sempat cas sikit tadi lepas maulid. Sekali lagi doktor panggil masuk. Bawak inaz gi tandas untuk test air kencing. Aku tolak la wheelchair. Sampai kat tandas aku blank jap. Alamak. Nak masuk tandas mana pulak ni. Sekali. Inaz bangun. Slow slow dia jalan masuk sendiri. Hati aku sedikit lega. Lega sebab dia dah boleh bangun. Hmmm. Memang rasa lega seketika.

Lepas setel aku tunggu sekali lagi kat luar. Perasaan dah sedikit tenang berbanding ketika awal sampai tadi. Doktor panggil lagi. Aku kalau boleh nak dia balik. Doktor kata better dimasukkan ke dalam wad untuk further inspection. Dia suruh aku gi setelkan urusan masuk ke wad. Terus aku gerak ke kaunter daftar wad. Masa nunggu ni aku rasa dah around 5.30 petang. Try call mama lagi. Masih sama. Last choice. Telegram. Dan aku lepak kat wad pemerhatian sesambil nengok inaz. Nampak lebih ok berbanding semasa di KK tadi. Masa masuk ke wad dia dah boleh jalan dah. Dalam hati aku berharap takdepape la hendaknya.

Masuk wad. Doktor datang untuk pemeriksaan. Semak. Borak. Bincang. agak lama aku dengan doktor tu. Harap takdepape. Around 6.30 petang baru mama dapat call. Sibuk bebeno siapkan buku program PIBG sekolah dia. Haiisshhh! Kalau inaz masih lam keadaan sama macam kat KK tadi memang aku meletup kot. Lam keadaan yang dah stabil ni aku suruh dia siapkan barang dan datang sini. Sampai ke hospital around 7.30 dengan atuk. Malam tu mama tidur ngan inaz. Aku gerak pulang dulu. Ambil kereta yang aku tinggal kat KK. Dekat kul 10 jugak tu. Harap semua yang terbaeekkk!!!! untuk inaz. Esok pagi nak gerak semula. Sib baik la ici tak meragam malam tu.

lepak kat ruangan menunggu kat Kecemasan HSA

daftar masuk wad. memang aku tak akan sebut pun apa yang ditulis kat diagnosis tu

menunggu masuk wad. keadaan dia dah makin stabil

lepak kat wad. memang inaz anak yang paling berani antara semua anak aku


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP