Happy Thaipusam 2018


Happy Thaipusam 2018 pada semua pengunjung blog yang beragama Hindu. A little bit about Thaipusam yang aku petik dari Pusat Maklumat Rakyat.

Thaipusam adalah sambutan yang diraikan sebagai hari kebesaran "Dewa Muruga". Muruga turut digelar dengan nama-nama yang lain, termasuk Skanda, Subramaniya, Karthikeya dan Shanmuga. Thaipusam diraikan pada Bulan 'Thai' dalam kalender Hindu, dimana hari sambutan jatuh ketika Bulan melintasi Bintang 'Pusam'. Ia sekaligus membawa kepada pengertian "Thai" + "Pusam". Yakni, kejadian bulan melintasi bintang Pusam pada bulan Thai. Sambutan ini didedikasikan kepada Muruga menerusi beberapa mitos.

CERITA DISEBALIK THAIPUSAM

Thaipusam diraikan saban tahun bersempena dengan hari Dewi Parvathi memberikan "VEL" kepada Muruga bagi menewaskan 'Tharakasuran'.

Ini susulan 'doa' yang dizahirkan mereka yang dianiaya Tharakasuran kepada Dewa Shiva yang kemudiannya mengarahkan Muruga menghentikan tindakan Tharakasuran. 11 jenis senjata diberikan Shiva kepada Muruga, manakala Parvathi menghadiahkan 'VEL" yang mempunyai kuasa yang tinggi. Muruga berjaya membunuh Tharakasuran pada hari Thaipusam, menjadikannya sambutan yang kini diraikan meriah di segenap pelusuk dunia. Simboliknya, Thaipusam adalah hari kejahatan dikalahkan oleh kebaikan.

LAGENDA MENGANGKAT KAVADI

Secara umumnya pada hari sambutan Thaipusam, Kavadi diangkat menuju ke kuil-kuil Muruga. Namun, ramai yang masih tidak mengetahui kenapa ia dilakukan.

Ianya dikaitkan dengan kisah Idumban, seorang pengikut Saga Agastya (Sami) yang taat. Suatu hari Saga meminta Idumban membawa dua bukit yang dijadikan tempat menyembah Muruga. Taat kepada permintaan gurunya, Idumban mengangkat dua bukit itu dengan mudah. Muruga yang memerhati tindakan Idumban bertindak mahu menguji sejauh mana taatnya Idumban kepada perintah yang dikeluarkan. Justeru, Muruga mengambil rupa seorang kanak-kanak dan berdiri di puncak salah sebuah bukit tersebut. Bukit itu menjadi berat.

Sedar bukit itu berat dengan kehadiran kanak-kanak itu, maka Idumban mengarahkan kanak-kanak itu (Muruga) turun dari bukit itu. Muruga yang degil dan tidak menurut perintah kemudiannya menjadikan Idumban hilang sabar.

Kemudiannya, Idumban disedarkan tentang 'ujian' tersebut dan memohon maaf kepada Muruga. Muruga kemudiannya melantik Idumban menjadi pengawalnya. Mengambil simbolik dari kejadian ini, kavadi disignifikasikan sebagai dua bukit diangkat Idumban akan mendapat rahmat Muruga.

Terdapat juga amalan mengangkat belanga berisi susu yang dipanggil 'Paal Kudam'. Susu di dalam belanga ini digunakan untuk memandikan patung Muruga pada hari sambutan.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam