PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ganjaran Yang Sama Untuk Pergi dan Pulang Dari Masjid


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Ganjaran Yang Sama Untuk Pergi dan Pulang Dari Masjid

عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ كَانَ رَجُلٌ لَا أَعْلَمُ رَجُلًا أَبْعَدَ مِنْ الْمَسْجِدِ مِنْهُ وَكَانَ لَا تُخْطِئُهُ صَلَاةٌ قَالَ فَقِيلَ لَهُ أَوْ قُلْتُ لَهُ لَوْ اشْتَرَيْتَ حِمَارًا تَرْكَبُهُ فِي الظَّلْمَاءِ وَفِي الرَّمْضَاءِ قَالَ مَا يَسُرُّنِي أَنَّ مَنْزِلِي إِلَى جَنْبِ الْمَسْجِدِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ يُكْتَبَ لِي مَمْشَايَ إِلَى الْمَسْجِدِ وَرُجُوعِي إِذَا رَجَعْتُ إِلَى أَهْلِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ جَمَعَ اللَّهُ لَكَ ذَلِكَ كُلَّهُ

Dari Ubay bin Kaab katanya; Ada seorang lelaki yang setahuku tidak ada lagi yang lebih jauh (rumahnya) dari masjid, dan ia tidak pernah ketinggalan dari solat. Kemudian ada orang berkata padanya atau aku sendiri (Ubay) yang berkata padanya: "Bagaimana sekiranya kamu membeli keldai untuk kamu naiki ketika gelap atau ketika panas terik? Lelaki itu menjawab; "Aku tidak ingin rumahku berdekatan masjid, sebab aku ingin langkahku ke masjid dan langkahku ketika pulang ke rumah semua dicatat." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mencatat untukmu seluruhnya." (HR Muslim No: 1065) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ada di kalangan sahabat di zaman Rasulullah SAW sanggup berjalan kaki menuju ke masjid dengan tidak pernah ketinggalan solat berjemaah walaupun jarak rumahnya dengan masjid paling jauh berbanding dengan sahabat lain.

2.  Ada di kalangan sahabat di zaman Rasulullah SAW yang suka agar rumahnya berjauhan daripada masjid kerana ingin pahala yang banyak disebabkan banyaknya langkahan.

3.  Imam Nawawi dalam Syarah Muslim 2/130 menyatakan: Allah mengurniakan ganjaran yang sama langkahan pulang ke rumah seperti ganjaran langkahan orang tersebut menuju ke masjid (termasuklah dengan menaiki kenderaan).

Jika langkahan menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu mendapat ganjaran dengan langkahan pertama diangkat kedudukan disisi Allah dan langkahan seterusnya di beri keampunan daripada dosanya, begitu juga langkahan pulang kerumah juga mendapat ganjaran yang sama.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
 
12hb Sept  2017
21hb Zulhijjah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam