Minggu Ukhuwah Sekolah 2017 Sekolah Agama Taman Nusa Perintis


Minggu Ukhuwah Sekolah 2017 Sekolah Agama Taman Nusa Perintis. Actually. Ni program baru yang diperkenalkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Agama bagi membantu melancarkan proses suaikenal antara murid, ibu bapa dan guru. Memang baik dalam membantu membina jalinan muhibbah. Awal pagi Isnin aku dah bawa iqi ke sekolah. Mula mula kami berdaftar dahulu. Iqi kelas 1 Tawakkal. Dia tak nampak sorang pun lagi kawan dia. Takpe. Rileks la. Perkara biasa la tu. Masuk dewan bersama. Duduk duduk jap sebelum semua murid dibawa keluar untuk mula sesi perkenalan dengan kelas dan persekitaran. Semua ibu bapa dalam dewan bersama guru.

Sesi kami dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan aktiviti selawat beramai-ramai. Seterusnya Guru Besar memberikan ucapan dan taklimat awal, diikuti dengan sesi tazkirah. Selepas rehat disambung pula dengan sesi taklimat daripada pegawai daripada jabatan agama. Seterusnya ada aktiviti penyerahan anak daripada ibu bapa dan penerimaan murid oleh guru. Memang yang ni paling menarik dan bermakna. Tradisi lama yang dah jarang dibuat, dilakukan semula. Terbaeekkk!!!! Selesai semua kami semua ke pejabat untuk penyerahan borang lafaz penyerahan dan pengambilan kitab. Lupa nak cakap. Mulai tahun ni, murid tahun 1 sampai 3 secara automatik akan diberi pinjaman kitab. Alhamdulillah.






























---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied