PERMOHONAN PENSYARAH BAHARU DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI


PERMOHONAN PENSYARAH BAHARU DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (KPM) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di IAB Bandar Enstek dan semua Cawangan IAB. Permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) mulai Khamis 10 November 2016 dan tarikh tutup permohonan adalah pada hari Sabtu 10 Disember 2016. Maklumat Lanjut layari http://aplikasi.iab.edu.my/menu/

1. Tawaran permohonan ini hanya terbuka kepada PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2. Semasa permohonan dilakukan pemohon hendaklah memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya SARJANA.

3. Pemohon diminta mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

4. Pastikan semua maklumat permohonan adalah BENAR.

5. Pemohon dibenarkan mengemaskini permohonan selagi mana Pengesahan Guru Besar/ Pengetua / Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah BELUM dilakukan.

                  - Permohonan dari sekolah - Pengesahan oleh Guru besar / Pengetua

                  - Permohonan dari PPD - Pengesahan oleh Pegawai Pendidikan Daerah

                  - Permohonan dari JPN dan Bahagian - Pengesahan oleh Pengarah

6. Permohonan hanya dibuat atas talian dan TIDAK PERLU dihantar sebarang cetakan kepada Institut Aminuddin Baki.

7. Pemohon bertanggungjawab memaklumkan permohonan kepada Guru Besar / Pengetua / Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah selaku Ketua Jabatan masing-masing untuk tujuan pengesahan.

8. Guru Besar/ Pengetua / Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah perlu membuat pengesahan permohonan secara atas talian sebaik permohonan telah dibuat dan dimaklumkan oleh pemohon dalam tempoh sistem dibuka. Pengesahan perlu dibuat di menu Pengesahan Ketua Jabatan. (Sila maklumkan No. Kad Pengenalan pemohon kepada Ketua Jabatan untuk pengesahan permohonan)

9. Pemohon boleh menyemak status Pengesahan Ketua Jabatan melalui menu Semakan Permohonan setelah pengesahan Ketua Jabatan dilakukan.

* Sila pastikan segala maklumat telah dikemaskini sebelum disahkan dan sistem hanya membenarkan pengesahan Ketua Jabatan hanya SEKALI SAHAJA tanpa rayuan pembetulan dan sebagainya.

* Kegagalan mengisi maklumat penting dalam permohonan akan menyebabkan data pemohon tidak disimpan dan pengesahan Ketua Jabatan disekat.

10. Semakan panggilan temuduga dan penawaran jawatan pensyarah HANYA melalui menu Semakan Permohonan dalam talian. Sila rujuk makluman melalui sistem ini dari semasa ke semasa.

11. Sekiranya didapati pemalsuan maklumat atau pengesahan permohonan dilakukan , tindakan TATATERTIB boleh diambil ke atas pemohon berkenaan.

12. Segala keputusan berkaitan penawaran jawatan pensyarah baharu IAB adalah MUKTAMAD.

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh berhubung terus dengan:
Unit Pengurusan Sumber Manusia
Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan
No. Tel : 06-7979324/ 9313/ 9410
---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP