48 Jam Hackathon : Data Terbuka Sektor Awam 2016


48 Jam Hackathon : Data Terbuka Sektor Awam 2016.

Syarat-syarat Penyertaan

  1. Penyertaan terbuka kepada sektor awam, industri, universiti awam dan pelajar sekolah menengah.
  2. Tiga (3) kategori penyertaan iaitu:
    1. Kategori 1 : Sektor awam & industri
    2. Kategori 2 : Universiti Awam
    3. Kategori 3 : Pelajar Sekolah Menengah
  3. Penyertaan secara berkumpulan (tidak melebihi 4 orang setiap kumpulan) dan adalah secara first come first serve.
  4. Peserta perlu menggunakan data terbuka di Portal Data Terbuka Sektor Awam data.gov.my (mandatori). Peserta juga boleh menggunakan data lain.
  5. Pendaftaran bermula pada 4 Oktober 2016 (Selasa) secara dalam talian melalui www.data.gov.my.
  6. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 20 Oktober 2016 (Khamis) jam 12 tengah hari.
  7. Penyertaan adalah percuma.
  8. Produk yang bercirikan data analitik bagi Kluster Kesihatan, Pengangkutan dan Pendidikan diberi keutamaan.
  9. Peserta dikehendaki menggunakan perkakasan dan perisian ICT sendiri.
  10. Kemudahan internet dan makan minum disediakan.
  11. Setiap kumpulan hendaklah memastikan tahap kesihatan ahli kumpulan berada pada tahap yang memuaskan sepanjang tempoh hackathon.
  12. Setiap kumpulan hendaklah hadir untuk sesi pembentangan projek kepada Panel Penilai sebaik sahaja tamat progam Hackathon.
  13. Setiap kumpulan juga hendaklah menyediakan laporan ringkas berkaitan projek/produk yang dihasilkan dan dihantar kepada penganjur semasa pembentangan. 
  14. Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang insiden, kehilangan, kerosakan dan kerugian yang dialami kerana menyertai hackathon ini.
  15. Sebarang perubahan syarat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
  16. Penganjur berhak membatalkan penyertaan jika terdapat pelanggaran syarat. 
  17. Lima (5) produk terbaik dikehendaki meletakkan link di dalam portal data.gov.my mengenai produk tersebut. 
  18. Keputusan pemenang hackathon adalah muktamad.

Sila klik di sini untuk pendaftaran penyertaan sekolah menengah
Sila klik di sini untuk pendaftaran penyertaan sektor awam dan IPTA

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP