Logo baharu, lagu rasmi Harimau Malaysia diperkenal


Logo baharu, lagu rasmi Harimau Malaysia diperkenal. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi memperkenalkan logo baharu skuad kebangsaan 'Harimau Malaysia' sempena perlawanan amal Hari Malaysia 2016 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, dekat sini, hari ini.

Logo ciptaan Muhammad Amzar Mohamed, 22, menjadi pilihan 20,000 peminat yang membuat undian dalam talian daripada 2,000 penyertaan yang diterima bagi peraduan anjuran FAM itu. Muhammad Amzar, berasal dari Subang Jaya, Selangor, adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor. Perlawanan amal antara Dugong All Stars menentang Pilihan Harimau Malaysia itu disaksikan oleh 20,000 penonton. Pilihan Harimau Malaysia memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-1.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Affandi Hamzah, berkata logo itu juga akan digunakan dalam penghasilan produk atau barangan yang akan dikeluarkan khususnya yang berkaitan dengan pasukan kebangsaan termasuk jersi pasukan. "Kita harap melalui penjenamaan semula ini, ia akan memberi kebaikan kepada pasukan kebangsaan," katanya.

Pada majlis sama, lagu rasmi Harimau Malaysia berjudul 'Laungkanlah' turut secara rasmi diperdengarkan kepada umum dan lagu itu akan dimainkan secara ekslusif di stesen radio ERA fm selama sebulan. Selain itu, lagu berkenaan juga akan dijadikan lagu pemangkin semangat setiap kali pasukan Harimau Malaysia turun beraksi. Logo rekaan Muhammad Amzar telah mendapat undian tertinggi dalam undian awam yang dibuat dalam talian selama 13 hari dari 22 Mac hingga 3 April lalu dalam kalangan lima logo terbaik yang dipilih panel penilai profesional pada 8 Mac lalu.

Muhammad Amzar, ketika ditemui, berkata beliau mengambil masa selama dua hari untuk membuat kajian dan sehari untuk membuat lakaran sebelum menghantar peraduan sehari sebelum tarikh tutup peraduan. "Saya pilih untuk membuat logo harimau dengan pandangan ke tepi berbanding logo harimau lain yang kebanyakannya pandang ke hadapan, yang mana ia juga membawa maksud pasukan akan terus maju ke depan. "Saya juga pilih warna dari warna bendera Malaysia kecuali warna biru saya gantikan dengan warna hitam kerana hitam lebih dominan dan lebih gagah," katanya yang memenangi hadiah wang tunai RM10,000.

Pilihan Harimau Malaysia, dikendalikan oleh Ong Kim Swee itu, antara lain dibarisi Lim Chan Yew, Dollah Salleh, Annuar Abu Bakar, B. Sathianathan dan Bradley John Maloney. Dugong All Stars terdiri daripada gabungan bekas pemain profesional yang kini berkhidmat sebagai pengulas di Astro Arena, selebriti TV dan radio serta orang awam yang dipilih oleh Astro. Dikendalikan bekas penyerang kebangsaan Azman Adnan, pasukan Dugong All Stars ini menampilkan penyampai ERA fm, Johan dan Ray dan Radin serta artis-artis tempatan seperti Black, Tomok, Akim, Altimet, Achey Bocey, Zahid dan Joe Flizzow.

- BERNAMA

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP