SAYEMBARA PENULISAN RENCANA ISU DAKWAH KONTEMPORARI PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

SAYEMBARA PENULISAN RENCANA ISU DAKWAH KONTEMPORARI PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

SAYEMBARA PENULISAN RENCANA ISU DAKWAH KONTEMPORARI PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Sayembara Penulisan Rencana  Isu Dakwah Kontemporari Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2016. Ia terbuka kepada pegawai, guru, dan kakitangan di Kementerian, Jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia turut terbuka kepada pensyarah dan kakitangan di IAB, Institut Pendidikan dan Guru dan Kolej Matrikulasi KPM.

Tarikh tutup sayembara ini pada 30 April 2016. Maklumat lanjut dan syarat penyertaan serta borang boleh dimuat turun di sini. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui emel  ruzainsyukur@gmail.com atau hubungi 019-2103267

Syarat pertandingan ini digubal bagi memberikan panduan kepada para peserta Sayembara Penulisan Rencana Isu Dakwah Kontemporari Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2016. Ia dianjurkan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Kota Buku. Tema sayembara pada kali ini adalah Rencana Isu Dakwah Kontemporari. Tema sayembara akan berubah setiap tahun. Sila baca syarat pertandingan dengan teliti.

DEFINISI RENCANA ISU DAKWAH KONTEMPORARI
Rencana Isu Dakwah Kontemporari ditakrifkan sebagai:

  1. Rencana dikenali sebagai artikel atau makalah yang menghuraikan sesuatu perkara berdasarkan sesuatu tajuk.
  2. Rencana juga ditakrifkan sebagai penulisan yang terperinci tentang sesuatu perkara benar yang membolehkan penonjolan keperibadian penulis sama ada melalui pandangan yang diutarakannya, tentang persoalan yang digarapnya, ataupun menerusi gaya yang digunakannya. (Mus Chairil Samani (2002), Penulisan Rencana Berkesan)
  3. Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau masa kini. Justeru, isu dakwah kontemporari merujuk kepada isu semasa yang dibahaskan oleh media dan masyarakat pada masa ini serta ada hubungkait dengan pelbagai aspek dalam agama dan dakwah.

SYARAT PERTANDINGAN
Syarat Am Pertandingan

  1. Pertandingan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan kakitangan yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (sekolah KPM, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian KPM). Ini termasuk pensyarah dan kakitangan di Institut Pendidikan Guru, Institut Aminuddin Baki dan Pusat Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Kakitangan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  3. Karya hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu dan sesuai untuk bacaan umum.
  4. Karya yang dihasilkan mestilah karya ASLI penulis. Sebarang karya plagiat, terjemahan, atau karya yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan cetak atau digital terbatal secara AUTOMATIK.
  5. Karya tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan negatif manamana pihak.
  6. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu karya. Tetapi hanya satu karya sahaja yang dipilih sebagai pemenang.
  7. Sekiranya selepas keputusan diumumkan, urusetia mendapati peserta melanggar syarat pada 4, urusetia berhak menarik kembali hadiah pertandingan.
  8. Karya yang dihantar hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar.
  9. Para peserta perlu mengisi borang penyertaan dan pengakuan keaslian karya yang dilampirkan. Ia perlu dihantar bersama dengan karya.
  10. Karya yang dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak penganjur berhak menyunting, mencetak dan menerbitkan karya tersebut.
  11. Keputusan panel juri adalah muktamad.



---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied