Projek Khas bersama PKG Gelang Patah

Projek Khas bersama PKG Gelang Patah

Projek Khas bersama PKG Gelang Patah. Sempat bersawang jap projek aku ni selama dua minggu. Oppss.. Dua minggu yang aku overdos tu ehhh... Hahahaa... Asyik nak jumpa tak jumpa jumpa. Patut semalam nak move on. Ada cerita lain pulak. Hari ni bulat tekad nak jumpa jugak. Sekali terpaksa tunda sebelah petang sebab paginya ada slot bersama SPK kan. Tapi alright. OK aje ngan cikgu Tan ni. Cuma ada slight adjustment. Kami tukar lokasi di PKG Uda sebab ada isu on PKG Gelang Patah. Hehehe. Bincang masalah tempat lain di tempat lain. Kan best tu. Seronok jugak dapat kongsi idea bersama. Hahaha. Aku ni memang terukkan. Tak PKG Uda, mesti PKG Gelang Patah. Dua dua PKG sekolah aku dulu. Cuma kali ni tukar gelang patah sebab aku nak bantu lokal pulak. Asyik Uda aje.

Target aku adalah serampang dua mata. Kes aku nyampah nengok data web sekolah yang ntah apa apa lam data rasmi. Why not kita belasah semua sekolah pakai web under VLE. VLE pun dah buat open to public site sharing. Perghhh ayat BI aku.. Hahaha. So. Target aku seluruh Johor. Tapi aku nak personal touch untuk Gelang Patah. Sapa lagi nak bantu kalau bukan lokal setempat kan. Lagipun Gelang Patah ni dah sinonim ngan team kami. Sejak aku dok PPD 2010, senang dan mudah bekerja bersama. Perbincangan tadi lebih kepada surface dahulu. Dah seia sekata, lepas ni aku murnikan sikit sebelum bentang semula pada pengurusan. Minggu depan try tengok beberapa sekolah yang tersenarai tadi, yang ada kreativiti tersendiri. Kalau dok kat PKG Gelang Patah tadi rasanya lebih banyak kita leh analisa data. Tapi takpe. Sekurang-kurangnya idea tu dah nampak dan tinggal nak polished out selepas aku bentang kelak. All the bestlah.

Cuma kekadang ada orang pelik. Kenapa aku suka bantu sekolah gini. Benda ni bukan lam kerja rasmi aku pun. Tapi aku ni bekas Penyelaras Bestari. Dah lama kot. Dah sebati ngan darah daging. Cuma kerja aku dah jauh tersimpang. Dan cuma inilah yang aku dapat bantu. Dari segi perkongsian idea. Dan satu lagi. Tu kan semua sekolah-sekolah kita jugak. Sapa lagi nak bantu kalau bukan kita. Cuma. Memang seronok kalau tengok flow kerjaya aku. Memang sangat jauh menyimpang. 7 tahun sebagai penyelaras bestari. Jadi cikgu biasa. Jadi balik penyelaras bestari around 3 tahun. Tetiba menyimpang ke pengurusan data. Total! Tapi bab yang cikgu biasa tetiba jadi penyelaras bestari tu best. Berjaya keluar jap. Tapi dapat jugak kesan. Mana taknya. Cikgu biasa tetiba kena panggil bagi talk pada semua pengetua, ppd dan pkg. Tak ke pelik tu. Ni semua kes kesian kat oracle lah ni. Hehehe. Dan best jugak aturan Tuhan pada aku. Hampir rasa semua jenis sekolah sebelum ke PPD. Pastu satu demi satu level aku lalu. Menarik.


Projek Khas bersama PKG Gelang Patah



---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP