PERTANDINGAN PERNIAGAAN ONLINE MALAYSIA 2016

PERTANDINGAN PERNIAGAAN ONLINE MALAYSIA 2016

PERTANDINGAN PERNIAGAAN ONLINE MALAYSIA 2016

Salah satu pendekatan yang boleh membantu para siswa dan belia untuk benar-benar dimanfaatkan sebagai model perniagaan alternatif dan menjana pendapatan LUMAYAN dari Perniagaan Online. Pertandingan ini akan membantu para peserta memahami akan kaedah yang betul dan berkesan dalam membina empayar kejayaan dalam Perniagaan. Bimbingan dari mereka yang pakar dalam bidang ini boleh menjadi bekalan pengetahuan yang berguna untuk para Siswa meneruskannya biarpun selepas pertandingan ini.

OBJEKTIF

  • Memantapkan lagi program pembangunan dan pengukuhan Keusahawanan di IPMA.
  • Memberi peluang kepada siswa merasai pengalaman perniagaan sebenar dengan sistem yang betul dan tapak yang kukuh.
  • Memberi pengalaman baru untuk memulakan Perniagaan.
  • Mencabar minda dan daya kreativiti. 
  • Pembudayaan keusahawanan siswa adalah proses berterusan dan dimulakan di kampus.
MATLAMAT
Memperkenalkan dan membina satu medium baru yang akan meningkatkan golongan siswa untuk menceburkan diri dalam perniagaan  walau dimana mereka berada selagi ada talian internet dan boleh meningkatkan  pendapatan siswa.


TARIKH TUTUP: 4 APRIL 2016

BORANG PENYERTAAN:


SYARAT PENYERTAAN:

  • Berkumpulan tidak kurang dua (2) orang dan tidak lebih empat (4) orang. 
  • Semua penyertaan hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan dan boleh muat turun dari laman web ppol2016.teknoputra.com atau
  • Mohon borang dengan menghantar email ke teknoputra@unikl.edu.my 
  • Borang permohonan juga boleh dibuat salinan.
  • Semua Borang hendaklah mendapat pengesahan Jabatan HEP masing-masing. 

KONSEP PERTANDINGAN:

  • Semua peserta akan berkumpul pada 9 April 2016 di Dewan INFRA, Kajang mulai jam 8.00 pagi.  
  • Pertandingan akan berlangsung dari 9 April hingga 8 Mei 2016. Peserta adalah bebas untuk memilih lokasi operasi masing-masing.  
  • Pada 8 Mei 2016, sistem akan menutup semua akaun transaksi jualan. Sistem akan menyediakan laporan akaun kumpulan yang bertanding. 
  • Pada 14 Mei 2016 semua peserta akan dijemput untuk Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah bermula jam 8.00 pagi.

PENGHANTARAN PRODUK:

  • Dalam tempoh pertandingan, para peserta hanya menumpukan kepada aktiviti jualan dan promosi sahaja. 
  • Selepas sesuatu transaksi itu dimuktamadkan, peserta hendaklah mengirimkan dengan e-mail kepada pihak penganjur/secretariat akan resit pengesahan jualan. 
  • Peserta akan membuat pembayaran secara Online kepada penganjur dan penghantaran melalui system pos laju akan diuruskan oleh pemilik produk. 

TRANSAKSI JUALAN:

  • Semua transaksi jualan adalah dalam Ringgit Malaysia dan transaksi boleh menggunakan online banking ataupun kredit kad. 
  • Sebarang penipuan dalam transaksi jualan akan dikesan oleh sistem dan sekiranya pihak penganjur mendapati kebenaran akan perkara ini, peserta boleh disingkirkan dari pertandingan 

HADIAH PERTANDINGAN:

  • JOHAN : RM10,000.00 + Keuntungan 
  • N.JOHAN : RM  5,000.00 + Keuntungan 
  • KETIGA : RM  3,000.00 + Keuntungan 
  • KEEMPAT HINGGA KE SEPULUH SAGUHATI RM1000.00 + Keuntungan.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN:

  • Keputusan akan ditetapkan oleh Sistem dan ianya adalah Muktamad. 
  • Sebarang tindakan diluar kuasa pertandingan ini tidak akan dilayan dan dianggap terbatal. 
  • Adalah diharapkan semua pasukan mempunyai semangat pasukan yang tulen dan gunakan peluang ini untuk mencapai kejayaan cemerlang. 
  • Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi penganjur melalui 03-2175 4414/4156 atau email ke teknoputra@unikl.edu.my  

PRODUK PERTANDINGAN:

  • Semua pasukan yang bertanding akan diberi sampel Produk pada 4 April 2016. Semua pasukan akan diberi sampel produk yang sama. 
  • Pihak penganjur akan menyediakan satu tapak perniagaan online kepada semua pasukan yang bertanding. 
  • Satu sesi latihan dan taklimat akan diberikan kepada para peserta mengenai tapak jualan ini oleh pihak My1 Stop. 
  • Para peserta dilarang menjual lain-lain produk selain yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. 
  • Harga semua produk telah ditetapkan oleh pihak penganjur pada harga borong. 



---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied