Syarat Baharu Zamihan mahu debat tertutup dengan Asri

Syarat Baharu Zamihan mahu debat tertutup dengan Asri

Syarat Baharu Zamihan mahu debat tertutup dengan Asri. KUALA LUMPUR, 8 Feb — Debat bersama mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin akan dilakukan secara tertutup selepas mendapat nasihat polis, kata Zamihan Mat Zin.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia berkata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan perkara itu bagi mengelak perbalahan sesama umat Islam.

“Saya dinasihati oleh KPN supaya debat itu diadakan secara tertutup.

“Kita tidak mahu cetuskan perbalahan yang merugikan orang Islam, nanti timbul persepsi negatif terhadap orang Islam,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini hari ini.

Zamihan, yang mencabar Asri, berkata debat itu belum ditetapkan tarikh dan hanya akan dihadiri ahli akademik, agamawan dan pegawai agama yang dijemput.

Tambahnya, satu pertemuan bersama setiausaha Datuk Seri Shahidan Kassim, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertindak sebagai penganjur, akan diadakan malam ini untuk perbincangan lanjut.

Pegawai agama itu tidak dapat berdebat Rabu ini, tarikh asal yang ditetapkan oleh Shahidan untuk majlis “Diskusi Ilmiah: Ekstremisme Agama di Malaysia”, atas alasan ingin menghadiri program di penjara Machang, Kelantan.

Dalam laporan Sinar Harian hari ini, Zamihan berkata beliau berhasrat mengadakan debat itu “minggu ketiga” bulan ini.

Manakala Shahidan pula menetapkan tarikh-tarikh baru malam tadi, 11 hingga 17 Februari, untuk majlis tersebut, yang telah dipersetujui oleh Asri hari ini.

Selepas tarikh tersebut, tambah mufti itu, beliau tidak ingin berdepan lagi dengan Zamihan atas alasan beliau harus ke luar negara.

“Selepas tarikh 17 hari bulan berkenaan, jika beliau masih tidak mahu, saya anggap ‘tutup kes’. Saya akan banyak ke luar negara selepas itu,” kata Asri.

Beliau ingin memohon keuzuran daripada raja muda Perlis bagi merealisasikan pertemuan dengan Zamihan, yang boleh dianggap “seteru perang dinginnya” dalam tempoh beberapa tahun.

Dalam akhbar sama, Zamihan juga berkata Shahidan menetap masa dan tarikh tanpa persetujuannya, selain mempersoalkan format program tersebut.

Agamawan itu juga dilaporkan berkata majlis itu memerlukan penglibatan pihak berkuasa keselamatan dan agama bagi bagi membolehkan ia diteruskan.

Alasannya ini disindir oleh mufti Perlis sebagai “syarat-syarat baru”.

“Tidak bolehkah minta pihak banduan jangan ke mana-mana selepas 10 hari bulan [Februari] untuk program gantian.

“Saya tidak fikir banduan terlalu sibuk dengan banyak urusan dalam penjara tersebut. Saya hairan.

“Sekarang banyak pula syarat-syarat baru termasuk persetujuan pihak berkuasa agama tempatan dan seumpamanya. Saya bertambah hairan,” kata Asri lagi.

“Jika beliau tidak mahu dialog, saya tidak memaksa. Beliau yang sebenarnya memulakan idea ini.”

#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied