Mara Digital mula menjadi tumpuan

Mara Digital mula menjadi tumpuan

Mara Digital mula menjadi tumpuan

Macam best ja. Macam kena gi riki je nih kalau turun KL. Hehehehe.

Mara Digital yang terletak di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini yang dibuka sejak semalam, mula menjadi tumpuan pengunjung yang mahu melihat sendiri keadaan pusat sehenti gajet dan barangan te­lekomunikasi itu yang dikatakan ala Plaza Low Yat.
Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, pusat sehenti itu didapati dikunjungi lebih 90 peratus masyarakat Melayu, meskipun ru­ang setingkat yang mampu me­nempatkan kira-kira 30 outlet jua­lan tersebut masih belum ber­ope­rasi sepenuhnya.
Tinjauan Utusan Malaysia hari ini juga mendapati, kebanyakan pengunjung memuji dan berharap agar pusat sehenti berkenaan mampu menjadi alternatif bagi mendapatkan pelbagai jenama terkenal gajet dan barangan telekomunikasi asli.
Malah, 100 peratus peniaga di pusat sehenti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam itu terdiri daripada orang Melayu dan bumiputera.
Seorang pengunjung, Aida Ahmad, 40, berharap, peniaga yang menjual barangan berkenaan bukan sahaja perlu bersikap jujur, malah berpengetahuan dalam bidang ICT agar mampu bersaing dengan peniaga kaum lain.
“Selain berniaga dengan jujur dan tidak menjual barangan tiruan, saya berharap mereka tahu tentang produk yang mereka jual. Ia bagi mengelakkan pembeli tidak disyorkan membeli barangan yang tidak perlu pada harga yang mahal.
“Kita bimbang ada peniaga yang tiada pengetahuan tentang ICT tetapi disebabkan mahu menjual produk, mereka menyarankan pengguna membeli produk yang tidak perlu. Yang menjadi mang­sa adalah pengguna yang terasa seakan-akan ditipu,” katanya yang merupakan kakitangan awam.
Seorang lagi pengunjung, Rashid Asmat, 43, pula menyifatkan Mara Digital yang dimonopoli oleh golo­ngan bumiputera bakal menjadi alternatif bagi pengguna mendapatkan gajet dan barangan ICT terkini.
Katanya, Mara Digital yang terletak berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman juga amat strategik kerana menjadi tumpuan ter­utamanya orang Melayu yang se­ring membeli-belah di kawasan itu sejak sekian lama.
“Dengan adanya Mara Digital akan menjadikan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendapatkan gajet dan barangan ICT dan ia tidak hanya dimonopoli di sesuatu tempat sahaja seperti di Plaza Low Yat.
“Tempat ini strategik kerana terletak di kawasan tumpuan ramai pengunjung terutama pada hujung minggu. Malah, pembeli yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu juga tiada masalah untuk berkomunikasi kerana peniaga di sini semuanya Melayu,” katanya.
Sementara itu, pembantu jualan di outlet komputer riba yang terdapat di Mara Digital, Muhammad Khairi, 30, tidak menafikan faktor komunikasi dan lokasi yang mudah dikunjungi sebagai satu kelebihan dalam menarik orang ramai.
“Bagi saya harga barangan di sini dan di Plaza Low Yat sama sahaja tetapi apa yang membezakannya adalah keselesaan serta keyakinan pembeli. Selama ini banyak cerita buruk yang tersebar di Plaza Low Yat terutama kes-kes penipuan,” katanya.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied