AGIHAN PENDAPATAN ASN 6.10 SEN SEUNIT

AGIHAN PENDAPATAN ASN 6.10 SEN SEUNIT

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.10
sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember
2015. 

Menurut Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, peruntukan pengagihan pendapatan
pada tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM106.72 juta, yang akan dimanfaatkan
oleh 1.25 juta pemegang unit yang melanggan 1.75 bilion unit ASN.
Sehingga 23 Disember 2015, ASN telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM126.27
juta. Daripada keseluruhan pendapatan kasar, pendapatan daripada keuntungan jualan saham
menyumbang sebanyak RM79.91 juta atau 63.3%, manakala pendapatan dividen yang diterima
daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM35.37 juta atau 28.0%,
dan selebihnya iaitu RM10.99 juta atau 8.70% diperoleh daripada lain-lain pendapatan.
Pengiraan pengagihan pendapatan ASN adalah berdasarkan pegangan unit pada hari terakhir
tahun kewangan 31 Disember 2015. Pembayaran pengagihan pendapatan ASN akan dilaburkan
secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit berdasarkan nilai aset
bersih pada 31 Disember 2015. Pengemaskinian buku pelaburan ASN boleh dilakukan di pejabat-
pejabat ASNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 4 Januari 2016.
Semua urusniaga bagi ASN di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB
telah ditangguhkan bermula 24 Disember 2015 sehingga 3 Januari 2016 bagi tujuan pengiraan
pengagihan pendapatan. Urusniaga ASN akan berjalan seperti biasa bermula 4 Januari 2016.
Dilancarkan pada 20 April 1981, ASN merupakan dana pertumbuhan harga berubah-ubah,
bertujuan menjana pertumbuhan modal dan pengagihan pulangan berpatutan secara berterusan
pada tahap risiko bersesuaian menerusi portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.
Perbandingan prestasi ASN dari segi jumlah pulangan keseluruhan dan hasil pendapatan (yield)
boleh dilakukan dengan instrumen-instrumen yang mempunyai ciri-ciri dan tahap risiko yang
hampir serupa dengan dana ASN.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Cik Aminah Haji Mahadi
Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat
Tel: 03-2050 5445 
 Faks: 03-2050 5268 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP