Solat subuh selamatkan 22 pelajar Madrasah Tahfiz Az-Zahra

Solat subuh selamatkan 22 pelajar Madrasah Tahfiz Az-Zahra


Seramai 22 pelajar Madrasah Tahfiz Az-Zahra tinggal sehelai sepinggang selepas asrama yang didiami mereka musnah dalam satu kebakaran di Jalan Pak Imam, Gelang Patah di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemala­ngan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian pada pukul 6 pagi itu, semua pelajar asrama berkenaan yang berusia di antara tujuh hingga 14 tahun berada di sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat subuh.

Pengerusi Madrasah, Ayub Embong berkata, beliau hanya dimaklumkan berhubung kejadian yang memusnahkan hampir 90 peratus bangunan setingkat itu selepas dihubungi penduduk yang tinggal berdekatan asrama tersebut.

“Saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa barangan termasuk barangan pelajar dan beberapa alat­an elektrik serta perabot yang baharu diterima Rabu lalu sumbangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) untuk kegunaan penghuni asrama ini.

“Buat masa ini, pihak terlibat sedang menyiasat punca dan jumlah kerugian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Pegawai Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Norhisham Md. Sawal dan Ketua Penerangan UMNO Gelang Patah, Salamian Surip turut melakukan lawatan ke tempat kejadian.
Beliau berkata, mengikut peran­cangan, sekolah hari ini meng­anjurkan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan asrama bersama ibu bapa para pelajar, namun semua mereka dibenarkan cuti sehingga Isnin ini.

Tambahnya, pihaknya juga membuat keputusan untuk menjadikan dewan pengajian madrasah yang berada kira-kira 800 meter dari asrama yang terbakar itu sebagai penempatan sementara pelajar selepas mereka pulang bercuti.

Sementara itu, Norhisham berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Md. Rofiki Samsudin telah meluluskan bantuan sebanyak RM28,100 untuk kerja baik pulih bangunan dan bantuan kewangan kepada pelajar dan guru asrama itu.

“Bantuan ini membabitkan RM20,000 bagi tujuan baik pulih manakala 22 pelajar menerima ban­tuan kewangan sebanyak RM300 seorang manakala tiga guru menerima sebanyak RM500 setiap seorang," katanya.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied