Sistem Perumahan Johor (SPJ) baharu - Modul Rumah Mampu Milik Johor

Sistem Perumahan Johor (SPJ) baharu - Modul Rumah Mampu Milik Johor


Penerangan Sistem Perumahan Johor (SPJ) yang baharu

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor ( Bahagian Perumahan ) akan menggunakan Sistem Perumahan Johor (SPJ) yang baharu - Modul Rumah Mampu Milik Johor berkuatkuasa 16 Ogos 2015. Oleh itu terdapat perubahan dalam proses permohonan Rumah Mampu Milik Johor.
Berikut adalah proses Permohonan Rumah Mampu Milik  Johor :-

  1. Pendaftaran dibuat secara online dalam erumah.johor.gov.my. dan pemohon mesti mempunyai alamat emel sebelum membuat pendaftaran permohonan.
  2. Bagi pemohon yang telah mendaftar dalam erumah.johor.gov.my tetapi masih belum menghantar dokumen,  pemohon perlu mendaftar semula.
  3. Hanya pemohon yang layak sahaja akan diberi pemberitahuan serta membawa dokumen  bagi tujuan penawaran rumah mengikut  pembangunan projek.
  4. Segala proses pengeluaran Sijil Layak Memilik Rumah (SLMR) akan dikenakan bayaran RM10.00.
  5. Tempoh sah pendaftaran permohonan Rumah Mampu Milik adalah setahun dari tarikh pendaftaran.
  6. Segala urusan pengemaskinian maklumat boleh dilakukan sendiri dengan mengggunakan emel id masing-masing.




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP