Peraduan Instagram Sehati Sejiwa

Peraduan Instagram Sehati Sejiwa

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2015, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Peraduan Instagram Sehati Sejiwa yang bertujuan:-


  1. Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut  Hari Kebangsaan Tahun 2015 dengan penuh patriotisme. 
  2. Menyemarakan  semangat patriotisme dan cintakan negara  di kalangan masyarakat melalui aplikasi instagram; 
  3. Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan dan media online. 

 (Penyertaan adalah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bermula pada 23 Ogos 2015 Sehingga 18 September 2015)

Sehubungan itu, semua yang berminat, sila hantarkan insta foto atau insta video gelagat Sehati Sejiwa anda dalam menyambut Hari Kebangsaan 2015 secara kreatif melalui instagram anda beserta ‪#im58, #SehatiSejiwa dan mention @instamerdeka. Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan :-

a) Sila 'LIKE & SHARE' https://www.facebook.com/JASAInstagramMerdeka
b) Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka
c) Sila FOLLOW TWITTER https://twitter.com/instamerdeka

TERMA & Syarat Peraduan Instagram Sehati Sejiwa

SYARAT-SYARAT PERADUAN

  1. Pertandingan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia kecuali pihak Urusetia Pertandingan;  
  2. Penyertaan adalah PERCUMA;  
  3. INSTA FOTO atau INSTA VIDEO yang dihantar mestilah  yang asli dan belum pernah digunakan untuk  sebarang pertandingan dan penerbitan serta dimuatnaik diantara 23 Ogos 2015 sehingga 18 September 2015;  
  4. Tema  Peraduan adalah #SehatiSejiwa ;  
  5. Konsep INSTA FOTO atau INSTA VIDEO, perlu melambangkan Sehati Sejiwa dengan semangat patriotik dan memaparkan gelagat menyambut  Hari Kebangsaan 2015.  
  6. Setiap Gambar/ Video yang dimuatnaik mestilah menyemarakkan  Jalur Gemilangdan juga Huraian (caption) yang menarik dengan memastikan perkataan Sehati Sejiwa digunakan dengan menggunakan Bahasa Melayu. Pastikan juga anda menggunakan Hashtag yang telah ditetapkan iaitu #im58 #SehatiSejiwa @instamerdeka ;  
  7. Gambar / video yang TIDAK menepati TEMA: #SehatiSejiwa, TIDAK menyemarakkan JALUR GEMILANG dan HURAIAN yang  TIDAK menggunakan perkataan SEHATI SEJIWA serta tidak menyatakan HASHTAG yang telah ditentukan akan TERBATAL secara sendiri walaupun gambar/ video anda sememangnya kreatif.  
  8. Gambar/ Video berunsur negatif TIDAK layak untuk dipertandingkan;   
  9. Peserta tidak dibenarkan mengubah suai gambar/video asli menggunakan sebarang aplikasi kecuali instagram. (Photoshop, ACDSee, Final Cut dan yang lain-lain).  
  10. Suntingan atau ubahsuai  seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap hasil kerja  menggunakan aplikasi instagram  sahaja dibenarkan.  
  11. Teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanupulasi adalah tidak dibenarkan;  
  12. Peserta bebas menggunakan sebarang jenis iPhone/iPad atau sebarang peralatan yang menggunakan sistem ANDROID;  
  13. Kos penyertaan pertandingan ini ditanggung sendiri dan TARIKH TUTUP PENYERTAAN adalah pada 18 SEPTEMBER 2015, jam 12.00 tengah malam  
  14. Peserta boleh menghantar seberapa banyak Gambar/ Video tetapi peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja;  
  15. Pihak penganjur (Jabatan Hal Ehwal Khas) mempunyai hak milik ke atas Gambar atau Video pertandingan serta berhak menggunakan bahan  tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta;  
  16. Pemenang-pemenang akan diumumkan pada *5 OKTOBER 2015 (*tertakluk kepada perubahan) dan,  
  17. Gambar/ Video yang dihantar peserta akan di kumpul dalam bentuk Collage untuk tujuan tayangan/pameran. 

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied