Keputusan SPM Ulangan Dikeluarkan Rabu Ini

Keputusan SPM Ulangan Dikeluarkan Rabu Ini


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)(Ulangan) 2015 melibatkan 14,053 calon akan dikeluarkan Rabu ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, calon akan dimaklumkan mengenai keputusan masing-masing melalui pos selain boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk peperiksaan itu.

Perkhidmatan semakan keputusan juga disediakan melalui mySMS 15888 yang akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi 19 Ogos sehingga 11.59 malam 26 Ogos.

Peperiksaan ulangan SPM itu diadakan di 233 pusat peperiksaan.

-- BERNAMA


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP