JPJ Berhasrat Memperluas Kadet JPJ Kesemua Sekolah Pada Tahun Depan - KP JPJ

JPJ Berhasrat Memperluas Kadet JPJ Kesemua Sekolah Pada Tahun Depan - KP JPJ


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan lagi Kadet JPJ di semua sekolah di seluruh negara bermula tahun hadapan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pasukan Kadet JPJ yang diperkenalkan awal tahun lepas di 16 sekolah di seluruh negara termasuk satu di Terengganu, dianggotai lebih 700 pelajar.

Katanya berikutan sambutan yang menggalakkan itu, JPJ berhasrat memperluaskan lagi pasukan kadet berkenaan ke semua sekolah bermula tahun depan.

"Kewujudan kadet ini akan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai keselamatan jalan raya seterusnya membantu mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

"Pendedahan ini penting kepada pelajar terutama berhubung keselamatan jalan raya, selain menerapkan disiplin yang tinggi di kalangan kadet," katanya selepas majlis penyampaian komputer dan mesin pencetak di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam di sini.

Hadir sama Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie dan Guru Besar SK Wakaf Mempelam, Zahariah Mohamad.

--BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Harga baju kadet tu berapa ye?
mknace unlimited berkata…
Tak pasti. Hanya sebilangan kecil sekolah rintis yang ada. Kena rujuk sekolah terlibat

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam