PPPM 2013-2025 Telah Capai Lima Inisiatif Utama - TPM Muhyiddin

PPPM 2013-2025 Telah Capai Lima Inisiatif Utama - TPM Muhyiddin


KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Peningkatan kualiti dalam pendidikan antara lima inisiatif utama dicapai dalam tempoh dua tahun pertama pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam transformasi pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata empat aspek lain adalah peningkatan akses kepada pendidikan berkualiti; ekuiti dalam pendidikan; memupuk perpaduan dalam pendidikan; dan mempertingkat kecekapan penyampaian pendidikan.

"Saya merasa bangga kerana dapat merealisasikan Anjakan 11 PPPM dengan menyampaikan laporan tahunan yang kedua bagi pelaksanaan PPPM.

"Saya bangga dengan komitmen yang ditunjukkan bukan sahaja warga pendidikan, tetapi juga ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam merealisasikan PPPM," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan semasa membentangkan Laporan Tahunan 2014 PPPM 2013-2025 di Dewan Kompleks Seri Bintang di sini, hari ini.

Di bawah aspek peningkatan akses kepada pendidikan berkualiti, beliau berkata antara kejayaan yang dicapai adalah peningkatan enrolmen prasekolah daripada 81.7 peratus kepada 84.2 peratus hasil daripada usaha kementerian menyediakan pelbagai inisiatif dan insentif.

Selain itu, katanya perubahan ketara juga dapat dilihat dalam pendidikan lepas menengah apabila lima pusat tingkatan enam di Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor dan Sabah ditubuhkan pada tahun lepas.

Muhyiddin berkata peningkatan kualiti dalam pendidikan turut dititik-beratkan antaranya pelaksanaan program LINUS 2.0 (program saringan literasi dan numerasi) dengan 98.7 peratus murid tahun tiga berjaya menguasai literasi asas bahasa Melayu, 99 peratus menguasai numerasi asas dan 78.3 peratus murid tahun dua menguasai literasi asas bahasa Inggeris, daripada lebih sejuta murid yang melalui proses saringan.

"Program kompetensi guru bahasa Inggeris turut diteruskan sebagai kesinambungan usaha yang dijalankan pada 2013, dimana seramai 10,502 guru bahasa Inggeris telah dilatih semula di bawah Programme for English Language Teachers (ProELT).

"Usaha yang lebih berfokus untuk meningkatkan profisiensi bahasa Inggeris turut dilaksanakan dengan mengenal pasti 1,191 sekolah hotspot bahasa Inggeris iaitu sekolah yang berada di bawah purata kebangsaan untuk markah lulus bahasa Inggeris," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata melalui program Sarana Ibu Bapa pula, mereka termasuk komuniti berusaha meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan masing-masing antaranya menyediakan Smart TV dalam bilik darjah dan program pertukaran budaya di luar negara.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP