#sehatisejiwa Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2015

#sehatisejiwa Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2015


KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- #sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tema itu dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.

"Misalnya, gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia.

Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada," katanya ketika berucap pada Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, hari Sabtu.

Ahmad Shabery berkata mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.

"Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja," katanya.

Pada majlis itu, turut diperkenalkan barangan sempena Hari Kebangsaan untuk jualan kepada orang ramai sebagai cenderahati.

Selain itu, Ahmad Shabery turut membuat pelepasan konvoi Eksplorasi #sehatisejiwa yang melibatkan dua buah kenderaan Jabatan Penerangan, 10 buah kereta Proton terdiri daripada pelbagai model, 20 motosikal berkuasa besar dan sebuah lori yang bakal menjelajah ke seluruh negara untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Pelbagai aktiviti diadakan seawal pukul 8 pagi tadi sempena prapelancaran itu bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2015.

-- BERNAMA 

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP