PROGRAM FELO PERDANA 2015

PROGRAM FELO PERDANA 2015


Ingin belajar secara langsung dengan Menteri Kabinet? Mohon sekarang untuk menjadi salah seorang daripada Felo Perdana 2015!

Berminat untuk berkhidmat secara terus di bawah seorang menteri kabinet? Sebagai seorang Felo Perdana, anda akan berkhidmat sebagai seorang pelatih eksekutif kepada seorang menteri kabinet di mana anda akan membantu mentor anda dan pegawai-pegawai kanannya dalam merancang dan melaksanakan dasar kerajaan serta menolong pihak kementerian menyebarkan program-program kerajaan melalui media sosial dan dan platform-platform komunikasi strategik yang lain. Maklumat lanjut boleh didapati di www.perdanafellows.com

Untuk menjadi calon, anda harus memenuhi kriteria seperti di bawah:

  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia 
  • Calon-calon mestilah sedang mengikuti pengajian atau telah tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi, sama ada tempatan atau luar negara 
  • Calon-calon mestilah mempunyai rekod akademik yang cemerlang & terlibat secara aktif dalam program-program ko-kurikulum 
  • Calon-calon mestilah berumur 30 tahun dan kebawah

Apa lagi yang anda nantikan? Sertai program berprestij ini! Untuk memohon sebagai peserta Program Felo Perdana, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Isi borang di laman sesawang feloperdana.gov.my
2. Lampirkan gambar terkini
3. Lampirkan resume/CV terkini anda
4. Menyertakan esei dalam lingkungan 500 patah perkataan menjelaskan apakah dasar kerajaan yang anda fikirkan paling penting dan bagaimana ianya dapat ditangani dengan lebih baik. Esei boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.

PERMOHONAN DITUTUP PADA 12.00 tengahari 4 Jun 2015!
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada PerdanaFellows@kbs.gov.my.
Mohon sekarang!




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied