Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2015

Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2015


Sekali lagi penyertaan dibuka pada semua blogger pendidikan khususnya. Jom sertai!! Pertandingan Educational Blogging 2015. Anda yang berminat boleh daftarkan blog anda di sini : Borang pendaftaran. Layari laman blog rasmi untuk keterangan lanjut di url : http://edublogpict.blogspot.com/

SKOP PERTANDINGAN :

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berdasarkan kategori pertandingan
  • Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah dan berasaskan pendidikan


KATEGORI PERTANDINGAN :

  • Terbuka
  • Sekolah


TARIKH PERTANDINGAN : 
Pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara online di sini  mulai 19 Mei 2015

TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
30 Sept 2015 jam 11:59pm

HADIAH PERTANDINGAN : 
Setiap Kategori :
Tempat Pertama hingga ke-3 :
sebuah Gajet Elektronik* + sijil penyertaan
* Hadiah adalah tertakluk kepada perubahan

KRITERIA PENILAIAN

  • Kandungan
    • Perkongsian ilmu/maklumat berunsur pendidikan
    • Kesahihan maklumat
  • Rekabentuk Kreatif
    • Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)
    • Interaktif/dinamik
    • Mesra Pengguna
    • Rangkaian Sosial
  • Nilai Tambah
    • Keaktifan (up-to-date)
    • Bilangan pengikut (follower)
    • Keaslian (originality) 


SYARAT PENYERTAAN

  1. Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa. 
  2. Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia bagi membangunkan blog masing-masing yang tetrtakluk kepada syarat-syarat pertandingan.
  3. Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi,perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  4. Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.
  5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
  6. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  8. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta. 
  9. Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta. 
  10. Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.


PERTANYAAN
Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak Urusetia iaitu :

Siti Munirah Binti Ahmad
015 - 4811 7556 | 8 pagi - 5 petang | siti.munirah@ict.upsi.edu.my


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016