Perkhidmatan Tren Ulang Alik (Shuttle) KTM Intercity antara JB Sentral - Woodlands bermula 1 Julai 2015

Perkhidmatan Tren Ulang Alik (Shuttle) KTM Intercity antara JB Sentral - Woodlands bermula 1 Julai 2015


Perkhidmatan "Shuttle Tebrau" itu bakal memudahkan orang ramai yang berulang alik untuk menjalankan urusan harian antara dua negara tersebut selain dapat mengurangkan kadar kesesakan di Tambak Johor.

KTMB dalam satu kenyataan berkata sebanyak 14 perkhidmatan disediakan setiap hari iaitu tujuh perkhidmatan dari Stesen JB Sentral dan 7 perkhidmatan dari Stesen Woodlands.

Perkhidmatan dari Stesen JB Sentral akan bermula pada jam 5.30 pagi dan berakhir pada jam 10 malam manakala dari stesen Woodlands bermula jam 6.30 pagi dan berakhir jam 11 malam.

Waktu perkhidmatan dari Stesen JB Sentral bermula 5.30 pagi, 7 pagi, 8.30 pagi, 4 petang, 5.30 petang, 7 malam dan 10 malam, manakala dari Woodlands bermula 6.30 pagi, 8 pagi, 9.30 pagi, 5 petang, 6.30 petang, 8 malam dan 11 malam.

Tambang bagi perkhidmatan sehala adalah RM5 dari stesen JB Sentral manakala S$5 sehala dari Stesen Woodlands, kata kenyataan itu.

Berikutan pengenalan Shuttle Tebrau, perkhidmatan tren KTM Intercity lain ke selatan seperti Tren Rakyat (Butterworth-Woodlands), Tren Sinaran Selatan (KL Sentral-Woodlands), Tren Sutera (KL Sentral-Woodlands) dan Shuttle dari Gemas-Woodlands akan berakhir di Stesen JB Sentral.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862.

http://www.ktmb.com.my/images/KenyataanMediaTrenShuttleJBWoodlands.pdf


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016