eRezeki - Meningkatkan pendapatan untuk masa depan

eRezeki - Meningkatkan pendapatan untuk masa depan


Teknologi digital hari ini telah mengubah cara hidup dan kerja kita. Walau bagaimanapun, bukan semua berpeluang atau tahu bagaimana untuk mendapat manfaat daripadanya, terutama golongan yang kurang mendapat pendedahan.

Oleh itu, menjadi sasaran kami di MDeC untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan teknologi digital.

Jadilah sebagai sebahagian daripada tenaga kerja diatas talian dengan menyertai inisiatif eRezeki. Sebagai seorang pekerja digital, anda boleh melakukan pelbagai tugasan dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan tersebut terdiri dari kerja-kerja kecil, pantas, berjumlah tinggi sehingga kepada kerja-kerja yang memerlukan lebih banyak masa dan pengalaman.

Tiada temuduga, tiada borang permohonan, tiada bayaran dikenakan! Cuma daftar, latih serta layakkan diri anda untuk melakukan kerja pilihan anda dan mula meraih pendapatan tambahan!

Apa itu eRezeki

eRezeki adalah inisiatif Digital Malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital.

Dengan eRezeki, individu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.

Program eRezeki ini membolehkan anda untuk mempelajari kemahiran baru dan menjana pendapatan tambahan dengan melaksanakan kerja-kerja yang menarik untuk syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan. Terdapat permintaan tinggi dan banyak peluang untuk warga kerja digital kerana syarikat-syarikat kini mengalami tekanan yang tinggi untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih cepat, memberikan maklumat yang tepat dan untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap dan lebih daya saing.


Sebagai ‘pekerja digital’ anda boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki, melakukan pilihan kerja yang anda minat (contoh seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat, menulis cebisan-cebisan kandungan dan sebagainya), mengamalkan sesuatu pekerjaan tersebut dalam suasana sebagai latihan tanpa sebarang tekanan, mengambil ujian mudah demi melayakkan diri anda untuk tugasan tersebut dan seterusnya melaksanakan pekerjaan tersebut untuk pelanggan sebenar, yang berada dimana-mana sahaja didunia, dan menerima bayaran untuknya!

Bagi membolehkan anda untuk merebut peluang keemasan ini, Pusat-pusat eRezeki sedang ditubuhkan dilokasi-lokasi strategik diseluruh negara.

Ini adalah untuk membantu Rakyat, khususnya mereka yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan untuk mendekati kemudahan-kemudahan dan infrastruktur IT dalam usaha untuk menyertai program ini. Di Pusat-pusat eRezeki tersebut, anda akan berpeluang untuk mendekati dan juga menerima dan menjalani latihan secara “one-to-one” dan “class-room” dalam kumpulan untuk pelbagai tugasan tertentu yang ditawarkan dalam Portal Kerja Digital eRezeki. Pusat-pusat eRezeki ini akan memberikan anda akses kepada sebuah terminal komputer dan kemudahan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi, bagi membolehkan anda melaksanakan kerja atau tugasan anda.

Pusat-pusat eRezeki ini amat membantu jika anda tidak mempunyai peralatan komputer anda sendiri dan juga kemudahan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Siapa yang layak

Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah, termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas.

Bentuk pekerjaan yang terdapat di dalam portal eRezeki

Terdapat pelbagai tugasan digital yang boleh didapati di dalam portal eRezeki. Secara mudahnya, berikut adalah jenis­jenis tugasan digital yang telah dikenalpasti sebagai tugasan tahap permulaan untuk menjana pendapatan. Tugasan­-tugasan adalah seperti berikut:

  • Pemasukan data daripada teks 
    • Contoh: memasukkan maklumat dari teks di laman web
  • Pemasukan data daripada imej 
    • Contoh: memasukkan maklumat berdasarkan imej yang dilihat
  • Pemasukan data daripada kertas atau imbasan
    • Contoh: memasukkan maklumat dari imej imbasan
  • Pemasukan data daripada audio / video
    • Contoh: mendengar dan memasukkan maklumat dari audio / video
  • Semakan dan moderasi kandungan
    • Contoh: menyemak dan membetulkan maklumat yang salah
  • Carian dan pengesahan maklumat atas talian
    • Contoh: melaksanakan carian atas talian dan memasukkan maklumat yang diperolehi


Pusat eRezeki

Di Pusat eRezeki dan Wakil eRezeki kami, anda akan mampu bersemuka dengan Siberguru dan mengikuti kelas latihan berkumpulan bagi jenis kerja yang ditawarkan dalam portal kerja eRezeki. Juga terdapat kemudahan dan infrastruktur IT untuk anda bekerja dengan selesa.

Operasi Pusat eRezeki:
9am­-1am (Ahad­-Khamis)
8am­-3am (Jumaat-­Sabtu)

Pusat eRezeki
Level 4, UTC Kedah, Jalan Kolam Air,
Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar,
Kedah

Pusat eRezeki
No. 15 & 17, Ground Floor, ICT Hub,
Jalan Putra Square 4, Putra Square,
25200 Kuantan, Pahang

Pusat eRezeki
Tingkat 2, Pusat Latihan ICT,
Bangunan Paya Keladi (berdekatan Pasar Payang),
Kuala Terengganu
Pusat eRezeki
Blok E, Terminal Sejahtera Desa Rejang,
Persiaran Rejang,Taman Setapak Jaya,
54100 Kuala Lumpur

Wakil eRezeki
Crowd Business Innovation Centre (CBIC)
Faculty of Computer & Mathematical Sciences,
Universiti Teknologi MARA (UiTM),
40450 Shah Alam, Selangor

Khidmat nasihat
Keterangan lanjut tentang penggunaan portal eRezeki boleh diperolehi melalui:

  • Laman web www.erezeki.my
  • Bantuan daripada pengurus atau pegawai di Pusat eRezeki berhampiran anda
  • Bantuan daripada pengurus atau pegawai di pusat­pusat dengan kemudahan jalur lebar yang berfungsi sebagai Wakil eRezeki berhampiran anda
  • Hotline 1­800­88­8338





Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied