Pertandingan Merekabentuk Pavilion Johor


Pertandingan Merekabentuk Pavilion Johor. Kerajaan Negeri Johor mempelawa semua warga Johor untuk menyertai Pertandingan Merekabentuk Pavilion Johor yang terletak di ‘Malaysia Agro Exposition Park Serdang’ (MAEPS). Pertandingan ini adalah untuk merekabentuk Pavilion Johor yang menggambarkan Negeri Johor sebagai pengeluar utama tanaman makanan terutamanya sayuran selain menonjolkan identiti Negeri Johor.

Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi peluang kepada semua anak jati Negeri Johor untuk menyumbang idea bagi merekabentuk bangunan Pavilion Johor yang akan dibina di MAEPS.

PAVILION JOHOR meliputi kawasan seluas 1,360.50 mps di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang terletak di Serdang, Selangor. Antara fungsi Pavilion Johor ialah untuk mempamerkan kemajuan pertanian di Negeri Johor kepada pengunjung terutamanya sempena ‘Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show’ (MAHA) yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. Pavilion Johor juga akan dijadikan sebagai pusat promosi dan pemasaran industri Agro Pelancongan dan produk-produk industri asas tani yang ada di Negeri Johor.

Borang penyertaan boleh dimuaturun melalui url berikut :
http://pertanian.johor.gov.my/pavilionjohor/BORANG_PERTANDINGAN_PAVILIONJOHOR_v1.pdf

Syarat pertandingan

1.          Penyertaan

  • Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua ANAK JATI NEGERI JOHOR sahaja.
  • Setiap peserta / kumpulan / organisasi hanya dibenarkan untuk menghantar SATU penyertaan sahaja. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
  • Setiap rekabentuk yang dicipta perlu dilengkapi dengan perkara-perkara di bawah:
    • Sila huraikan konsep rekabentuk anda dalam perkataan tidak lebih daripada 200 patah perkataan;
    • Sila hantar penyertaan yang telah siap sebagai fail digital dalam format yang ditetapkan
    • Pemenang Pertandingan akan diminta untuk mencetak fail resolusi tinggi apabila diumumkan sebagai pemenang. Oleh itu, pemilihan perisian yang bersesuaian perlulah diambil kira agar karya yang dihasilkan dapat dicetak dengan mudah.
  • Konsep lakaran rekabentuk Pavilion Johor yang dihasilkan mestilah
    • Menekankan konsep rekabentuk yang menonjolkan ciri-ciri Negeri Johor;
    • Mempunyai gambaran grafik yang ringkas, moden serta bersesuaian sebagai identiti Johor Pengeluar Makanan Negera;
    • Tidak menggunapakai rekabentuk yang telah sedia ada;
    • Peserta dokehendaki untuk menerangkan dengan lebih terperinci setiap elemen-elemen senibina termasuklah gabungan elemen rekabentuk pasif, teknologi hijau dan kelestarian (sustainable) yang terdapat di dalam rekabentuk tersebut.

2.         Spesifikasi

  • Rekacipta bentuk Pavilion Johor perlu disediakan dengan menggunakan perisian atau aplikasi komputer dan disimpan dalam fail asal (softcopy) melalui format .jpg atau .pdf dengan resolusi tinggi dan hendaklah dicetak pada kertas bersaiz A1 merangkumi pandangan sisi hadapan, sisi belakang, sisi kiri dan sisi kanan.
  • Ukuran Pavilion Johor yang dicadangkan adalah 52 meter panjang dan 32 meter lebar. Rujuk lampiran untuk kedudukan Pavilion Johor.
  • Tinggi Pavilion Johor adalah sekurang-kurangnya 4 meter (2 tingkat).
  • Setiap penyertaan perlu mempunyai setiap perkara di bawah
    • Konsep Rekabentuk;
    • Pelan Lantai;
    • Keratan Rentas (2-3 keratan rentas)
    • Pandangan Sisi Hadapan
    • Pandangan Sisi Belakang
    • Perspektif (luaran dan ruang dalaman)

3.         Hak Cipta

  • Peserta hendaklah memastikan nama dan rekaan grafik tersebut mestilah asli, baru dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, politik dan agama. Pihak Jawatankuasa Pertandingan tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta rekabentuk tersebut.
  • Dengan menghantar penyertaan ini, peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak Jawatan Kuasa Pertandingan untuk mengunapakai nama, rebentuk atau sebahagian daripadanya bagi tujuan promosi atau penerbitan.
  • Pihak Jawatankuasa Pertandingan juga berhak untuk membuat perubahan terhadap nama dan rekabentuk atau sebahagian daripadanya.

4.          Dokumen Permohonan Penyertaan

  • Setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ini dikehendaki menghantar dokumen-dokumen seperti berikut:
    • Borang Penyertaan hendaklah dilengkapkan oleh peserta;
    • Susunan dokumen penyertaan seperti yang dinyatakan pada perkara 2.4 dalam bentuk ‘softcopy’ (CD / Thumbdrive) dan ‘hardcopy’.

5.         Tarikh Tutup Penyertaan
Tarikh tutup penerimaan penyertaan adalah pada 15 APRIL 2015 (Rabu) sebelum jam 12.00 tengahari dan dihantar kepada

PENGERUSI
JAWATANKUASA PERTANDINGAN MEREKABENTUK PAVILION JOHOR
Bahagian Program Khas
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Aras 1, Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munsyi
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor
Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor.

Telefon: 07-2666707
Pegawai Penyelaras: Puan Nur Aizat binti Abdul Razak


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied