PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR

PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa sehingga pada 9 Januari 2015, terdapat sekolah-sekolah di negeri Perak, Pahang dan Kelantan yang masih terlibat dengan banjir. Sekolah-sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid.

PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015

Sehubungan itu, serta setelah mendapat persetujuan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, maka KPM dengan ini memaklumkan bahawa sejumlah 41 buah sekolah iaitu 4 buah di negeri Kelantan, 18 buah di negeri Pahang dan 19 buah di negeri Perak akan ditunda sesi permulaan persekolahan 2015 selama seminggu lagi. Dengan penundaan ini, maka tarikh baru permulaan sesi persekolahan di sekolah-sekolah tersebut (seperti di LAMPIRAN 1) adalah seperti berikut;

  1. Bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Kelantan, tarikh permulaan sesi persekolahan adalah pada 18 Januari 2015 (Ahad).
  2. Manakala bagi sekolah-sekolah terlibat di negeri Perak dan Pahang, tarikh permulaan sesi persekolahan adalah pada 19 Januari 2015 (Isnin).

Penundaan ini akan melibatkan sejumlah 5 hari persekolahan pada 11 hingga 15 Januari 2015 (Kelantan) dan pada 12 hingga 16 Januari 2015 (Perak dan Pahang). KPM juga ingin memaklumkan bahawa jumlah 5 hari tersebut adalah merupakan jumlah hari persekolahan yang perlu diganti oleh sekolah berkenaan.

Ia juga adalah selaras dengan pemakluman oleh YAB Menteri Pendidikan pada 8 Januari 2015 bahawa sekolah-sekolah tersebut masih memerlukan masa untuk pembersihan dan pemulihan serta setelah mengambilkira faktor kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa banjir yang masih berada di sekolah-sekolah yang menjadi Pusat Pemindahan Sementara.

PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN/ AGENSI KERAJAAN

KPM juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, badan-badan sukarela daripada seluruh negara, pasukan tentera, polis, BOMBA, ibu bapa, guru-guru termasuk daripada agensi-agensi kerajaan lain yang telah bertungkus lumus membantu membersih serta memulihkan keadaan sekolah-sekolah terlibat banjir di semua negeri yang terlibat. Sesungguhnya kerjasama, komitmen dan solidariti yang ditunjukkan tersebut telah memperkukuhkan lagi iltizam KPM untuk meningkatkan lagi sistem pendidikan negara ke tahap lebih tinggi demi kemajuan anak bangsa di masa hadapan.

Terima kasih.

DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
9 Januari 2015


LAMPIRAN 1

SEKOLAH DITUNDA KERANA DINAIKI AIR/BERLUMPUR/TIDAK SELAMAT

PERAK

  1. SK BANDAR
  2. SK BANDAR TUA 
  3. SK PULAU TIGA KIRI 
  4. SK TOK PELITA 
  5. SK LAMBOR KANAN 
  6. SK TANJUNG BIDARA 
  7. SK PASIR PANJANG HULU 
  8. SK PULAU JUAR 
  9. SK SELAT PULAU 
  10. SK CHANGKAT BANJAR 
  11. SK PASIR KUBU 
  12. SMK DATO MAHARAJALELA 
  13. SABK EHYAK DINIAH 
  14. SMK LAMBOR KIRI 
  15. SK KAYAN 
  16. SJK(T) KAYAN
KELANTAN
  1. SMK DABONG 
  2. SK DABONG 
  3. SK KEMUBU 
  4. SK LELA JASA
PAHANG 
  1. SMK PULAU TAWAR 
  2. SK KAMPUNG PAGI 
  3. SK GINTONG 
  4. SMK PALOH HINAI 
  5. SMK DATO MAHMUD MAT 
  6. SK MAMBANG 
  7. SK LANGGAR 
  8. SK TEMAI 
  9. SK KAMPUNG ACHEH 
  10. SK PULAU RUSA 
  11. SK PULAU MANIS 
  12. SK GANCHONG 
  13. SK KINCHIR 
  14. SK TANJUNG MEDANG 
  15. SK SRI MUALANA 
  16. SK UBAI, PEKAN

SEKOLAH DITUNDA KERANA DIJADIKAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)

PERAK

  1. SMK SULTAN MUZAFFAR SHAH 1
  2. SMK SUNGAI RANGGAM 
  3. SK TELUK KEPAYANG
  4. SK KAYAN
  5. SJK(T) KAYAN
PAHANG
  1. SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH PEKAN 
  2. SMK LEPAR

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam