Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam

Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam

Ini ada berita yang baik untuk semua penjawat awam yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini. Yang berkaitan boleh semak berita ini.

Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor terdiri daripada penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, dinasihat mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata tuntutan insurans itu boleh meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya selain kejadian pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir.
Ia turut merangkumi tangki air pecah, kecederaan orang awam atau pihak ketiga akibat kemalangan di dalam rumah, serta perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih kediaman.
Kenyataan itu berkata Bahagian Pinjaman Perumahan berharap mangsa segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan.
Tuntutan boleh dibuat dengan menghubungi syarikat insurans/takaful yang sedia memberikan perkhidmatan.
Maklumat lanjut boleh dilayari di http://bpp.treasury.gov.my atau menghubungi meja bantuan banjir di talian 03-8880 2121.
-- BERNAMA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied