Jom Ronda-Ronda : Gerai Mee Udang Tiram Duku

Klik untuk gambar yang lebih besar
Sini semua masakan berasaskan udang semata
Lama tak buat sesi jom ronda-ronda nih. Walau banyak ronda tapi malas nak klasifikasi lam segmen biasa aku nih. Kali ni memang sesaja masukkan; khas untuk encik norazam dan encik suliman yang ternanti nanti mee udang yang glamer tuh. Sekali diaorang nengok.. lehhh.. ni mee goreng biasa, cuma ada udang dan memang best la.

Gerai mee udang ni letaknya di Tiram Duku. Kalau dari Gelang Patah pastikan korang melepasi simpang paya mengkuang, kalau dari highway pastikan korang melepasi sk tiram duku, baru sampai sini. Petunjuk paling nyata bengkel kereta. Gerai dia share ngan bengkel kereta. Sebelah kiri jika dari highway, sebelah kanan jika dari gelang patah.

Gerai ni semua masakan dia berasaskan udang. So tak yah cakap tak nak daging bagai. Pasal dia akan letak udang sahaja. Dan yang paling best kat sini koey teow goreng dan mee sup. Hari Rabu lepas kami singgah pasal ada orang sudah bakar. Katanya boleh order udang goreng kunyit dan sebagainya. Memang betul. Ada 4 variasi masakan lauk udang. Udang goreng kunyit, udang kari, udang black pepper dan udang sambal. Satu set RM4 sahaja. Untuk lain-lain cuma RM3.50. apa pun memang best makan kat sini, terutama untuk penggemar udang. Pelik tak cemana aku leh terlibat (Pasal ramai yang tahu aku memang tak makan udang), aku kalau orang ajak memang aku tak tolak, aku makan sikit ja dengan tolak semua udang; yang penting temankan. Waktu buka sila baca penuh>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Khusus untuk yang nak datang makan udang, hari sabtu tu no komen.. Suka ati dia la nak bukak ka tak. Hehehe.. Gerai kat GP memang selalu cenggini.

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni kat kaunter dia. Nampak nama dia tu. Siap ada dua ekoq udang gitu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah sampai semua order kami..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Aku makan nasik goreng kosong ja. Udang semua kasi orang.. hehehe

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Udang Black Pepper RM4

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Udang Goreng Kunyit RM4

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Udang Sambal RM4

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Udang Kari RM4

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Yummy.. and murah

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

nba-Nur berkata…
Salam ziarah.. Wah nampak sungguh menyelerakan.. :) Bila2 bolehlah saya cuba makan di sini..
ZulkifliMN berkata…
kata mee udang? xde pon mee nye?
Joey berkata…
wah sodap nie..mesti toray..
NUNU EERA berkata…
nk tny soalan yg sma jgk.. mee nye kat mna?? tpi mmg nmpk sedap..
mknace unlimited berkata…
nur, alinac, joey : sila cuba
zul, nunu : mee dia dah masuk perut daa

:) :) :)
terbaeekkk!!!!
mknace unlimited berkata…
singgit : kena gi lagu tu

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam