Selamat menyerjakan ibadah puasa

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Image courtesy of www.fahmishah.com

Sekejap jer dah sampai balik dah bulan Ramadhan. Rasa macam baru semalam jer beraya. Alhamdulillah. Dapat lagi sambut Ramadhan tahun ni. Kali ni aku berpuasa ditempat dan suasana yang baru. Dok tengah dok hitung lagi berapa hari nak amik cuti. Tak cam dulu. Ikut jer apa yang dah disetkan.

Apa pun semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang telah aku lalui. Dok borak ngan ustaz zaidi tadi pun pasal zakat dan sebagainya. InsyaAllah.. tahun ni ingat nak bayar zakat kat Baling jer la. Asyik dok kasi kat orang JB jer kan. Tahun ni kasi la pulak kat orang Baling. Seronok sikit kat sana.

Ingat tadi petang nak wat banner sikit khas sempena Ramadhan tahun ni. Mana nak tahu siap collapse sampai ke Maghrib. Hebat tul penangan kuah kambing tadi tu. Tobat lain kali aku akan tanya dulu kuah apa sebelum lantak. Satu badan rasa sengal-sengal. Kepala toksah citer laa.. Last-last search internet cari wallpaper Ramadhan. Brader Fahmishah.. wa amik lu punya wallpaper dulu aaa..

Akhir kata.. Selamat menyambut Ramadhan 1431.

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied