Hospital Sultanah Aminah - Day 4

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarHari ni dah hari keempat Zikri kena tahan di wad A3 kat spital nih. Kat kepala ni, kalau doktor tak lepas sebelah pagi ni kira kena tahan jer la. Lam kepala bapak-bapak yang lain pun dah lebih kurang dah. Dah 3 hari melalui benda yang sama. Dah lali dah dengan sistem kat sini. Bila doktor start meronda pagi-pagi tu, lam kul 10 tu, kalau baby kena tolak ke tepi maknanya, dia akan discaj la. Kalau setakat kena check darah balik; insyaAllah, jamin la kena tahan lagi. Takyah dok berharap sangat la untuk baby keluar hari tu. Sama la hari ni, Ziqri kena tolak balik masuk cahaya lampu; check balik darah. Hmmmm.. terus ajak mama di makan dulu. Pastu menyusu balik.

Sebelah petang nenek kedah sampai ngan atuk kedah. Sian.. Terpaksa tengok dari luar jer. Banyak masa depa habiskan kat kafeteria hospital jer. Pasal hanya mak bapak jer yang leh masuk. Petang ni balik awal sikit pasal kesian kat atuk ngan nenek kedah. Doktor cakap keputusan kuar kul 5. Tapi pengalaman mengajar aku supaya takyah la dok berharap sangat. Dah 3 hari terkena.. Last-las keputusan kuar malam jugak. Bila malam, bermakna tetap kena tahan jugak.. Redha aje la..

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni aku ambik masa lepas doktor tolak ziqri masuk balik ke lampu.. hmmm.. takde can discaj lagi la hari ni..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah masuk hari keempat dah. Walau bacaan dia dah bawah 12 pun kena tahan lagi. Tapi aku tak kisa la. Biar dia betul-betul sihat. Kalau keluar pastu masuk balik pun tak guna jugak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Nampak keter aku. First in the row.. Pelik aku. Kalau hari kerja jangan harap la dapat parking dekat-dekat cenggini.. Hari cuti lengang lak. Adakah orang kita ni suka mencuri kesempatan??

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni ler tempat yang dihabiskan oleh atuk dan nenek kedah. Nak dok depan wad pun kurang kerusi. Baik dok sini. Leh tengok tv. Leh minum-minum.. Sian depa..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Atuk kedah.. pastu aku suruh atuk gi rehat kat surau. Nanti nak drive lagi. Penat tu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Nenek kedah.. banyak yang takleh makan kat sini. Mama pun merepek gak.. Ye lah.. Nasi goreng cina lebih garam, air tertumpah gula.. hmmmm...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Iqa ngan adik inaz dari tadi asik dok tepon atuk ngan nenek jer tanya bila nak sampai. Bila dah sampai, depa la yang paling suka. Tu pun esok atuk ngan nenek dah nak balik..



Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied