Hari dimana kakiku masih menjejak hospital

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarHari ni, dengan semangat meluap-luap; aku berharap Ziqri akan discaj dari wad. Memang sangat-sangat berharap. Start keter, terus jalan. Yang bestnyer tetiba mama tepon Puteri Specialist. Nak tanya pasal borang yang aku hantar hari khamis itu hari. Sekali si penjawab tu dah cakap kata dia nak call aku semalam, tapi tak leh pasal nombor aku tak bagi. Terus aku cakap on the spot. Ko tunggu setengah jam lagi aku sampai puteri. Dari nak tengok ziqri tetiba dah mula balik hari marah membara aku. Hampeh la ko. Khamis aku dah bagi nombor aku. Semalam aku konfirmkan pun sekali lagi aku tinggalkan nombor, boleh ko kasik alasan cenggitu. Memang carik pasal tul ngan aku.

Terus menyimpang. Dari naik ke atas aku jalan terus jer. Sampai puteri aku turunkan mama dulu kat depan. Suruh mama naik dulu. Aku dapat jer parking terus aku naik atas. Terus masuk bilik dia.

Mana doktor??
Doktor ada operation..
Isteri saya mana??
Jap yer cik.. jom ikut saya..

Sekali bawak jumpa supervisor dia.. Apa lagi, walaupun dia cakap dia dah dengar dari mama, aku bagi lagi. Kejadah wat kerja cenggini. Tiga hari, setakat klinik kampung boleh ler aku terima.. Jenuh dok mintak maaf jer ler.. Dia cakap dia janji dia settle lam satu jam.. OK aku nak tengok..

Pastu terus gi nengok Ziqri. Nampak troli dia dah bawak ke tengah.. Wahhh.. ada can kuar nih. Borak ngan doktor. Sekali takleh la pulak. Pasal doktor perasan macam kuning balik jer. Tanya semalam berapa.. Dah 10 katanya. Dia cakap dia akan buat test darah terus. Aku minta nak bawak sendiri.

Lepas jer hantar. Makan jap. Masa makan tu Puteri telepon.. Dah siap yer cik.. Selamba aku cakap.. Kata sejam..ni dah dua jam. Mender.. Pas mintak maaf dia dah cakap aku leh ambik bebila masa kat kaunter depan. Tak kisah la.. Imej dia dah tercalar bagi aku. Tak kira la berapa banyak maaf dia mintak. Tengok jam.. Ujian darah Ziqri dah siap.. Sekali nengok 12.4.. hmmm.. punah la harapan aku nak discaj hari ni. Huhuhuhu..

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Macam biasa.. parking dekat kafe yang kat hujung doniaa nuu.. Tinggal mama depan wad dulu la kan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Hari ni bawak wira la pulak. Semalam bawak sawi mama penat nak panjat pasal sawi ni tinggi berbanding wira..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Depan ni surau. Tapi banyak yang salahguna wat tempat tido, tempat anak-anak main lari-lari.. jaga la sikit adab lam surau tu.. rasa cam nak pelempang pun ada.. tak habis lagi hari marah aku nih..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni ler nasib kami kaum bapa.. kalau time menyusu ker apa, takkan nak dok sekali kan.. ini ler tempat lepak kami.. huhuhu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ikut jalan ni ler kalau nak gi makmal check darah.. aku memecut tak ingat dunia.. dah siap hantar tu baru terasa cam nak tercabut kaki aku.. punya la nak nengok bacaan turun..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni makmal biokimia dia.. lepas hantar kena tunggu sejam..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Melantak la dulu.. perut pun baru reti nak berbunyi..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesambil layan cartoon network lak tu.. ben10 pun ben10 la.. janji rock.. pastu layan puteri.. hahaha..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah dapat keputusan.. aku suruh nurse tolong kira.. 12.4??? huhuhuhu.. naik la pulak..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Haiii.. bila la boleh wak ziqri keluar nihhh..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sambil merenung jauh keluar ikut satu-satunya tingkap kat tempat duduk nih..



Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Muhammad berkata…
harap tak kisah saya ada tulis post pasal entri anda disini ( http://3luv.blogspot.com/2010/03/gara-gara-israel-digaza-tangisan-mereka.html )..btw,comel ziqri ;)..hehe
Mr. Nobody. berkata…
Salam. Kesian nya bile baca ur posts. Wish Ziqri will get well soon. Insyaallah. Keep on praying to God :)

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ) DAN PENYELARASAN TEKS DOA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH NEGERI JOHOR TAHUN 2017